Oooooofek!
Berikut Adalah 5 Permainan Kanak-Kanak Yang Kita Selalu Main Pada Zaman Dahulu. Dalam era moden sekarang, kita ditenggelami oleh teknologi seperti internet, handphone, TV, dan sebagainya. Ia sudah menjadi kebiasaan jika kita nampak kanak-kanak zaman sekarang terpaku ke telefon bimbit atau tablet mereka. Kadang-kadang kita pun pandai terfikir, “kids nowadays don’t know what main parit is,” “sayang nembiak zaman kinek sik cerik rasa main ting-ting,” Well, ia belum terlambat jika anda nak tunjuk anak-anak anda (atau kazen mazen, anak buah anda yang masih kecil) apakah permainan yang sering dimain oleh anda dahulu dan tunjuk kepada mereka what is the meaning of fun!

Lawan Pemadam
Dolok zaman sekolah tahu ada jak stand by pemadam pakai lawan member!
Permainan ini sangat simple tapi memerlukan teknik juga! Untuk menang dalam perlawanan pemadam ini, pemain mesti ‘petik’ pemadam dia sehingga salah satu pemadam pemain berada di atas pemadam pemain yang kalah. Peraturan perlawanan ini ialah siapa yang menang akan dapat pemadam daripada pihak lawan. Kebiasaannya, pihak yang kalah akan memberi salah satu pemadam daripada koleksi simpanannya dan bukan pemadam yang digunakan olehnya semasa bermain.


Lompat Getah Zero Point
Kebiasaannya, permainan ini dimain oleh perempuan.
Selain skipping rope, mereka akan gunakan getah sayur atau pembungkus makanan dan menyambungkan getah-getah itu untuk menjadikan satu tali panjang dan dijadikan tali lompat untuk permainan Zero Point.

Cara permainannya ialah getah itu akan bermula di aras pinggang, dan lama-kelamaan getah itu akan dinaikkan sementara pemain itu perlu lompat melepasi paras ditetapkan dan kemudian digelar pemenang.
Semakin tinggi getah dinaikkan, semakin power kekuatan seseorang itu melompat. Waseh!
Police Entry / Police One, Two, Jaga
Orang yang memang pantas berpeluang tinggi untuk selamat dalam permainan ini. Semasa main, seorang akan menutup mata dan mengira sampai 10. Dalam masa dia mengira, kawan-kawan lain akan terus lari untuk mengelak diri daripada ditangkap oleh dia.
Masa ini lah bermula adegan kejar-mengejar. Boleh sempek orang hentam tok!

Ting-ting
Ting-ting, teng-teng, sama lah juga. Permainan ini memerlukan peserta mempunyai ‘buah’ masing-masing untuk dibaling pada kotak lompatan yang telah sedia dilukis.
Untuk melukis kotak ini, selalunya pemain akan menggunakan kapur (yang kemungkinan besar ‘dicuri’ dari sekolah), batu atau melukis atas pasir depan rumah jiran. Eh, kantoi pulak!
Ketika bermain, peserta perlu melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain terdiri daripada sembilan kotak. Sebelum bermula, pemain akan mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya.
Pemain pertama akan bermula dengan mencampakkan ‘buah’ ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Sekiranya ‘buah’ tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dikira mati dan pemain seterusnya akan mengambil alih.

Guli
Kebiasaannya, lelaki akan main permainan ini (tapi ada juga perempuan minat dengan permainan ini. Siapa tak terpikat kat guli-guli yang cantik dan berkilat kan? Hehe!)

Permainan ini hanya menggunakan tapak tanah yang berpasir, selalunya antara depan atau belakang rumah. Ini bagi mengelak guli terpantul jauh. Kemudian, pemain-pemain memasukkan guli ke dalam satu bulatan berdasarkan jumlah yang dipersetujui. Contohnya, jika seorang meletak sebanyak 3 biji, maka pemain lain pun perlu meletak 3 biji guli. Mereka kemudian akan membaling guli tepat pada sasarannya pada kali pertama dan kemudian lastik guli-guli tersebut pada kali seterusnya. Sesiapa yang berjaya memantulkan guli pemain lain keluar daripada bulatan itu, pemain yang kalah akan memberi guli mereka kepada pemain yang menang.
Sesiapa yang banyak guli di rumah dulu memang kompom selalu menang dalam game tok.

Jangan Tinggalkan Dalam Kenangan
Kepada mereka yang membesar tanpa telefon bimbit, tablet, internet dan teknologi yang kini kita menikmati, anda kemungkinan besar generasi terakhir untuk mengingatkan life without the internet. Ada-ada sahaja benda boleh buat menggunakan imaginasi anda dan life anda zaman dahulu bukan setakat terperap ke televisyen ataupun telefon bimbit. Walaupun kita jarang tengok kanak-kanak sekarang bermain permainan yang kita main dahulu, ia belum terlambat untuk mengajar mereka cara-cara permainan best dahulu. So get up, get outside dan mula memperkenalkan permainan-permainan ini. Lagipun, a little exercise bagus juga untuk kanak-kanak, daripada mereka terlalu bergantung kepada telefon bimbit untuk hiburan, kan? Selamat mengimbau kenangan!
