Semak segera kelayakan anda!
Berikut Adalah 5 Senarai Bantuan Yang Disediakan Oleh Kerajaan Pada Tahun 2021. Tahukah anda terdapat banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan? Mari sama-sama lihat apakah bantuan yang telah disediakan dan adakah anda layak untuk menerimanya?
1. Bantuan telefon pintar golongan B40 percuma bagi murid

Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status adalah:
Sebelum membuat pencalonan murid, sila pastikan murid tersebut adalah dari keluarga B40.
a.) Anda perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat seperti berikut :
• Nombor MyKid/MyKad Murid
• Nombor MyKad Ibubapa
• Status yang menunjukkan mereka dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
- Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.
- Kemudian, sila klik pada butang “Semak”
- Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
- Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.
2. Bantuan Kredit E-Wallet

Mereka yang berumur 18-20 tahun akan membuat tuntutan bantuan e-wallet RM100 ini. Sehubungan dengan itu, ianya juga akan diberikan kepada semua pelajar IPTA dan juga IPTS tanpa mengira umur.
• Tiada permohonan bersurat atau perlu pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
• Anda akan menerima bantuan ini sekiranya anda memuat turun/download salah satu aplikasi di atas iaitu Boost, Touch N Go E-Wallet atau Grabpay.
• Selepas itu,anda perlulah mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad peneganalan anda.
• Mengisi segala butiran yang diperlukan.
• Bantuan e-wallet ini akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak,bantuan ini boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan.
3. Bantuan kanak-kanak serta keluarga

Menurut makluman tersebut, jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan
tahun ini, 2021.
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
- Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan. Syarat khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN JKM KANAK-KANAK TAHUN 2021
4. Bantuan bulanan JKM

Berikut adalah informasi tentang bayaran bantuan JKM yang anda perlu tahu
• Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan.
• Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020. Contohnya pada bulan Oktober 2020, bayaran bagi bulan November akan dibuat bermula 20 Oktober 2020.
CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM
1. Layari laman web jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran
3. Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan
SENARAI BANTUAN BULANAN JKM Berikut adalah senarai dan taraf Bantuan Bulanan JKM tahun 2021:
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 diberikan.
• Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan diberikan. • Elaun Pekerja Cacat (OKU) sebanyak RM450
• Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM500
• Bantuan Kanak-Kanak (BKK), RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.


5. Permohonan bantuan awal persekolahan KPM

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
PEMILIHAN/ KRITERIA KELAYAKAN :
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.
- Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.
- Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
KAEDAH PENYALURAN ATAU BAYARAN
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan.
KADAR DAN JENIS BANTUAN
- Murid yang menerima Bantuan Awal Persekolahan akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di sini https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaranmenu/bantuan-awal-persekolahan-bap