• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa

Oleh
Nazihah AN
5 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa

Ini garis panduan dari KKM

Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa. Pemerintah Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan garis panduan terkini mengenai syarat kelayakan pesakit psikiatri untuk menunaikan ibadah haji.

Setiap tahun, garis panduan ini dikemaskini berdasarkan pengalaman sebelumnya dan dibincangkan secara teliti oleh pakar-pakar perubatan.

Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa
Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa. Kredit foto: Google

Namun, telah menjadi satu isu apabila kongsian tersebut telah mendatangkan salah faham di laman sosial. Individu yang merupakan seorang bekas pemeriksa haji telah tampil memberikan penjelasan mengenai garis panduan baharu tersebut.

Ini antara sebabnya

Sebagai seorang bekas pemeriksa haji, saya ingin menyatakan bahawa haji bukanlah suatu ibadah yang mudah. Ia memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi, terutamanya apabila jemaah haji terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak di bawah terik matahari yang terik. Oleh itu, selain keupayaan kewangan, keupayaan kesihatan juga merupakan faktor penting dalam menilai kelayakan seseorang untuk menunaikan ibadah haji.

Berikut Kes Psikiatri Yang Tidak Layak Menunaikan Haji, Individu Ini Terangkan Kenapa

Seperti mana pesakit-pesakit yang mengalami masalah kesihatan fizikal seperti obesiti dan penyakit kencing manis yang tidak terkawal, pesakit-pesakit psikiatri yang mengalami masalah kesihatan mental juga perlu dinilai secara teliti. Walaupun beberapa tahun yang lalu, pesakit-pesakit dengan penyakit psikiatri seperti schizophrenia, borderline personality disorder (BPD) dan major depressive disorder (MDD) boleh saja menunaikan haji dengan syarat tertentu, namun guideline terkini telah mengubah keputusan tersebut atas sebab-sebab tertentu yang dikaji dan dipertimbangkan.

Sebagai seorang pemeriksa haji, saya pernah mengalami situasi di mana seseorang tidak lulus ujian kesihatan kerana paras gula darahnya tinggi. Kami memberi semangat dan nasihat agar pesakit berkenaan menjaga kesihatan dengan lebih baik. Pada tahun seterusnya, dia telah berjaya lulus ujian dan menunaikan ibadah haji dengan jayanya.

Garis panduan ini berubah dari masa ke semasa

Namun begitu, saya ingin menasihati agar kita tidak berputus asa apabila kita gagal lulus ujian kesihatan. Guideline ini boleh berubah dari masa ke semasa dan kita masih mempunyai peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun mendatang. Kita perlu berdoa dan berserah kepada Allah serta sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Terakhir sekali, kita haruslah mengingat bahawa ibadah haji adalah kewajipan bagi mereka yang mampu. Oleh itu, kita perlu memahami istilah “mampu” dan merujuk kepada web Tabung Haji untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas.

Baca lagi artikel menarik:

Apa Itu Visa Furada, Visa Haji Persendirian Yang Berisiko Tinggi
https://www.iloveborneo.my/rahsia-simpan-rendang-tahan-lama-hingga-3-bulan-ini-tips-dari-public-health-malaysia/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kejam! Ibu Cincang, Makan Kepala Anak Lelaki Berusia 5 Tahun
Next Article Majlis Unik Dan Istimewa, Perkahwinan Campur Budaya India Dan Kayan Ini Buat Netizen Teruja Majlis Unik Dan Istimewa, Perkahwinan Campur Budaya India Dan Kayan Ini Buat Netizen Teruja

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?