• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berita Baik, PM Bakal Umum Imbuhan Tetap Buat Penjawat Awam Tidak Lama Lagi

Oleh
ILB - AI
23 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Berita Baik, PM Bakal Umum Imbuhan Tetap Buat Penjawat Awam Tidak Lama Lagi

Bakal diumum dua minggu akan datang

Berita Baik, PM Bakal Umum Imbuhan Tetap Buat Penjawat Awam Tidak Lama Lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.

Anwar berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama mengenai imbuhan tetap itu dan pelarasan skim gaji membabitkan penjawat awam minggu depan.

Berita Baik, PM Bakal Umum Imbuhan Tetap Buat Penjawat Awam Tidak Lama Lagi
Berita Baik, PM Bakal Umum Imbuhan Tetap Buat Penjawat Awam Tidak Lama Lagi. Kredit: Bernama

“Pengumuman itu (imbuhan tetap) akan dibuat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, sementara kajian bagi pelarasan gaji selesai dijangka mengambil tempoh masa lima hingga enam bulan lagi.

“Imbuhan tetap, Insya-Allah akan saya umumkan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi. Justeru, saya mohon persiapkan beberapa kertas (kerja) awal untuk tujuan ini.

“Imbuhan tetap itu sudah beberapa bulan dikaji, namun ia lewat diumumkan berikutan belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna Madani Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga akan memberi ganjaran yang munasabah dan adil kepada guru serta penjawat awam yang lain berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama.

“Pelarasan ini dilakukan kerana untuk meningkatkan skim gaji guru dan penjawat awam yang lain sekali gus bagi mengurangkan jurang perbezaan skim gaji.

“Ini bukan sebab nak Pilihan Raya Negeri (PRN), tetapi saya mahu dikenali sebagai ‘Anwar’ yang prihatin,” katanya.

Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Baca lagi artikel menarik:

Rupanya Berasal Dari Kuching Sarawak, Ahli Kumpulan Dolla Ini Menarik Perhatian Ramai
Paling Happening Di Malaysia, Ungu Teruja ‘Belanja’ 12 Lagu Buat Lebih 30K Peminat Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Emas Hilang Di Tawau, Rupanya Dibaham Buaya Raksasa Seberat 800 Kilogram Warga Emas Hilang Di Tawau, Rupanya Dibaham Buaya Raksasa Seberat 800 Kilogram
Next Article Gara-Gara Hidang Makanan Terlalu Pedas, 'Mat Saleh' Saman Restoran Thai Gara-Gara Hidang Makanan Terlalu Pedas, ‘Mat Saleh’ Saman Restoran Thai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?