• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berjaya Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari, Layak Dapat Diskaun Sehingga 50 Peratus

Oleh
Husna Hazmi
17 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada individu atau syarikat yang berjaya menyelesaikan bayaran kompaun dalam tempoh 7 hari.

Berjaya Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari, Layak Dapat Diskaun Sehingga 50 Peratus. Dilaporkan individu atau syarikat yang telah dikenakan kompaun kerana melanggar mana-mana SOP, layak mendapat diskaun jika berjaya membuat bayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dikenakan kompaun.

Berjaya Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari, Layak Dapat Diskaun Sehingga 50 Peratus
Berjaya Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari, Layak Dapat Diskaun Sehingga 50 Peratus

Diskaun sebanyak 50 peratus tersebut akan diberikan

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, diskaun sebanyak 50 peratus tersebut akan diberikan untuk pembayaran dalam tempoh tujuh hari manakala 25 peratus pada tempoh tujuh hari berikutnya.

“Contohnya dia tidak pakai pelitup muka, dia bayar dalam tempoh tujuh hari, maka automatik dia akan dapat diskaun 50 peratus.

“Maknanya, dia hanya perlu bayar RM750 untuk kesalahan kali pertama, separuh daripada jumlah RM1,500,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Kompaun sebanyak RM1,500 ditetapkan untuk kesalahan kategori ketiga, iaitu kesalahan yang boleh menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.

Berjaya Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari, Layak Dapat Diskaun Sehingga 50 Peratus

Mengulas lebih lanjut mengenai hal ini, Takiyuddin berkata, Kabinet juga telah meluluskan pelaksanaan Seksyen 25 di bawah Akta 342 berdasarkan tiga kategori.

“Kategori pertama ialah kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi atau impak jangkitan pada skala besar.

“Kedua, kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tetapi tidak beri impak jangkitan kepada komuniti.

“Dan ketiga, kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti,” jelasnya.

Berjaya Bayar Kompaun Dalam Masa 7 Hari, Layak Dapat Diskaun Sehingga 50 Peratus

Kesalahan seperti gagal memakai pelitup muka, gagal mendaftar melalui MySejahtera

Justeru beliau memaklumkan, individu yang melakukan kesalahan seperti gagal memakai pelitup muka, gagal mendaftar melalui MySejahtera atau menulis maklumat dalam buku rekod, membenarkan kompaun tidak melebihi RM10,000.

“Tetapi kerajaan telah membenarkan bagi kesalahan individu kali pertama, kompaun adalah RM1,500.

“Bagi kesalahan memasuki pusat perniagaan pub atau kelab malam termasuk premis perniagaan dalam pub atau kelab malam, jika individu, boleh dikompaun maksimum RM10,000. Manakala bagi peniaga pula akan dikenakan kompuan maksimum RM50,000.

“Ini kerana kita menganggap kesalahan berkaitan kelab malam dan pub ini sebagai satu kesalahan serius,” ujarnya lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Salmonella Dikesan, Telur Ayam Di Pasaran Sarawak Dijamin Selamat Dimakan
Next Article Abang Johari Utamakan Merit dan Peluang Saksama Untuk Sarawak Maju 2030

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?