• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK

Oleh
Ismail NA
20 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Juruterbang MAS memang hebat!

Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK. Di kala beratus-ratus penerbangan lain yang menghala masuk atau keluar ke United Kingdom dibatalkan, pesawat airbus A350 Malaysia Airlines dilihat mendarat dengan sempurna sewaktu Taufan Eunice melanda Eropah. Pesawat dengan tampilan Jalur Gemilang itu dilihat terbang seperti biasa, seolah-olah tiada angin kuat atau taufan yang mengganggu pergerakannya.

Isi Isi Penting
  • Juruterbang MAS memang hebat!
  • Smooth jer
  • Disamakan dengan Myvi lah pula..
  • Baca juga :

Untuk pengetahuan anda, Taufan Eunice ini mengakibatkan tiupan angin kencang dengan kelajuan sehingga 142 kilometer per jam dan sedang melanda benua Eropah sejak Jumaat yang lalu. Beratus-ratus penerbangan yang lain dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, Lapangan Terbang Gatwick dan Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.

Smooth jer

Detik paling cemas adalah sewaktu pesawat Malaysia Airlines tersebut melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London. Melalui video yang tular, youtuber pesawat lapangan terbang yang menyaksikan pendaratan tersebut sedikit seriau semasa pesawat tersebut menghampiri landasan penerbangan.

Namun demikian, pendaratan sempurna yang dilakukan oleh pesawat tersebut membuatkan wartawan tersebut begitu kagum dengan kehebatan pesawat Malaysia Airlines. Dalam pada yang sama, youtuber Big Jet TV tersebut turut memuji kecantikan pesawat tersebut yang jelas sekali memaparkan bendera Jalur Gemilang pada bahagian belakang pesawat.

Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK
Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK. Sumber : Youtube Big Jet TV

Pesawat Malaysia Airlines tersebut berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London pada jam 3.22 petang waktu UK.

Video ini telah tular di pelbagai platform media sosial seperti TikTok, Twitter, dan Reddit. Anda boleh menyaksikan klip pendek pendaratan pesawat MAS A350 tersebut di akaun TikTok The Sun Daily yang berikut;

@thesundaily MAS plane land during Storm Eunice #thesundaily #fyp #trendingnewsmalaysia #malaysianairlines #stormeunice #flightlanding ♬ original sound – theSundaily 🌞🌻

Disamakan dengan Myvi lah pula..

Ini pula reaksi netizen mengenai pendaratan sempurna pesawat MAS tersebut. Ramai yang mengaitkan pendaratan berani yang dibuat oleh pesawat Malaysia Airlines ini serupa seperti ‘keras’ nya kereta buatan Malaysia, Myvi yang digelar ‘Raja Jalan’.

Kalau Myvi ‘Raja Jalan Darat’, MAS pula ‘Raja Jalan Udara’, seloroh netizen. Hehe.

Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK
Sumber : Tiktok @theSundaily
Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK
Sumber : Tiktok @theSundaily
Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK
Sumber : Tiktok @theSundaily
Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK
Sumber : Tiktok @theSundaily
Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK
Sumber : Tiktok @theSundaily

Sehingga ke hari ini, 10 kematian telah dicatatkan di seluruh United Kingdom dan beberapa wilayah di Eropah. Kematian diakibatkan oleh pokok tumbang dan terkena serpihan yang melayang sewaktu tiupan angin kencang. United Kingdom mengeluarkan amaran cuaca tahap merah, yang berstatus membahayakan nyawa kepada penduduk dan menasihati mereka agar tidak keluar ke tempat yang merbahaya seperti sungai di mana aliran arus deras dan tiupan angin boleh membawa maut.

Bumbung bangunan Arena O2 yang tercabut akibat Taufan Eunice. Kredit foto: Stefan Rousseau/PA Wire

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Next Article Bayaran Masuk RM10 Per Kereta, Pantai Trombol Kini Dibuka Kembali Untuk Orang Ramai Bayaran Masuk RM10 Per Kereta, Pantai Trombol Kini Dibuka Kembali Untuk Orang Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?