• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung

Oleh
Ismail NA
18 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sampe juak bah.

Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung. Pernahkah anda mendapat pesanan makanan yang sangat mengecewakan dan tidak memenuhi citarasa anda? Itu okay lagi. Kalau dapat yang basi, memang rasa..ei geramnya!

Isi Isi Penting
  • Sampe juak bah.
  • Ayam bau basi, lengkap pakej lendir
  • Rupanya ramai yang dah kena benda sama…
  • Jom baca juga apa menarik yang boleh anda lakukan hujung minggu ini :

Inilah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook yang bernama Eidayue Arsha. Menurut hantarannya di kumpulan Facebook, wanita ini telah mendapat pesanan yang sangat mengecewakan daripada sebuah gerai makan di bazaar beli belah Bintulu.

Menurut pelanggan malang tersebut, dia telah memesan 4 ketul sayap ayam panggang daripada aplikasi Foodpanda. Namun demikian, yang datang kepadanya hanyalah indah khabar daripada rupa. Bungkusan yang diterimanya mengandungi ketulan ayam yang kelihatan seperti baru keluar daripada peti sejuk. Tambahan pula, pesanan ini bukanlah percuma tetapi dibayar.

Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page
Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page
Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page
Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page

Ayam bau basi, lengkap pakej lendir

Lebih menyedihkan, ayam tersebut didapati juga telah berbau basi, sekali pakej dengan lendir basi. Eidayue juga turut meluahkan rasa kecewanya dengan servis kedai tersebut yang sepatutnya membatalkan pesanan sekiranya kedai sudah tutup daripada memberikan pelanggan makanan yang…tidak sepatutnya.

“Kecewa gila. Sampai hati buat customer macam ni. Kalau kedai dah tutup, batalkan saja pesanan. Ni tak, sanggup bagi ayam dari peti sejuk,”
Eidayue Arsha

Setakat artikel ini ditulis, tangkap layar hantaran ini telah mendapat 253 perkongsian dan lebih 900 tanda suka.

Rupanya ramai yang dah kena benda sama…

Menjengah ke ruangan komen, rupanya pelanggan ini bukanlah yang pertama diperlakukan sedemikian oleh kedai makan ini. Beberapa orang pengguna Facebook juga turut menerangkan bahawa mereka juga pernah mendapat ayam panggang yang melekit, seperti yang telah dipanggang daripada hari semalam.

Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page
Sumber : FB Bintulu News Page

Ramai juga yang turut berasa geram dan menasihati pelanggan ini agar melaporkan perkara ini kepada pejabat kesihatan yang berdekatan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan serta lebih ramai mangsa yang terkena.

Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page
Sampai Hati! Pelanggan Kecewa Kedai Makan Di Bintulu Ini Sanggup Bagi Ayam Basi Berlendir Demi Kaut Untung
Sumber : FB Bintulu News Page
Sumber : FB Bintulu News Page

Ada juga pemilik kedai yang mendaftar di dalam aplikasi penghantaran makanan Foodpanda menjelaskan bahawa pesanan tetap akan masuk walaupun mereka sedang menutup kedai. Sekiranya dibatalkan, harga potongan yang dikenakan kepada peniaga berjumlah sehingga 5 kali ganda daripada asal. Oleh itu, mereka terpaksa membuat pesanan makanan pelanggan daripada kerugian dalam jumlah yang besar.

Difahamkan juga, pesanan yang diterima bukan kerana mereka tidak menetapkan waktu tutup kedai, namun kesilapan itu adalah akibat daripada ketidakstabilan sistem penghantaran makanan itu sendiri.

Sumber : FB Bintulu News Page

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen, like dan share!

Jom baca juga apa menarik yang boleh anda lakukan hujung minggu ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Julung Kalinya, Meriahkan Citrawarna Keluarga Malaysia Di Waterfront Kuching Sambil Menonton Persembahan Di Pentas Terapung
Next Article Berjaya Mendarat Dengan Cemerlang Sewaktu Taufan Eunice, Pesawat MAS Dapat Pujian Youtuber UK

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?