• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman ‘Kilat Boy’ Raih Juara Di Pakistan

Oleh
Nazihah AN
13 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman 'Kilat Boy' Raih Juara Di Pakistan

Tahniah kepada peninju kita kerana berjaya mengharumkan nama negara!

Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman ‘Kilat Boy’ Raih Juara Di Pakistan. Peninju Sarawak Daeloniel McDelon Bong telah membanggakan negara apabila muncul juara dalam kategori 57kg dalam Kejohanan Tinju Profesional Pakistan hujung minggu lalu.

Dipetik dari Dayak Daily, Daeloniel McDelon, 23, yang berasal dari Sri Aman, merupakan satu-satunya peninju yang mewakili Malaysia untuk menyertai acara tersebut yang telah diadakan pada 11 Jun lalu di Stadium Lalak Jan terletak di bandar Gilgit-Baltistan.

Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman 'Kilat Boy' Raih Juara Di Pakistan
Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman ‘Kilat Boy’ Raih Juara Di Pakistan. Sumber gambar: FB Daeloniel Mc Delon

Beliau berjaya menumpaskan saingannya dengan technical knockout!

Beliau dinobatkan sebagai juara dalam kategori 57 kg selepas berjaya menewaskan pemain tuan rumah Pakistan, Sikender Abbasi menerusi technical knockout (TKO). Kejohanan itu turut menampilkan peserta dari Indonesia, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Nigeria.

Daeloniel yang juga dikenali sebagai Kilat Boy, berasal dari keturunan Iban-Cina berkata kepada pihak media Dayak Daily bahawa kemenangan TKO pada pusingan ke-3 adalah pengalaman yang sangat berharga.

Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman 'Kilat Boy' Raih Juara Di Pakistan
Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman ‘Kilat Boy’ Raih Juara Di Pakistan

Saya telah melalui persiapan dan latihan rapi sebelum acara ini kerana Sikendar mempunyai rekod tinju yang cemerlang sepanjang kariernya. Saya juga bertarung di laman sendiri lawan dengan penonton padu yang datang menyokongnya,”

Daeloniel turut mengucapkan terima kasih kepada Brico Langbay Santig dari Highland Boxing Promotions dan UW Boxing Promotions yang mempercayainya, kemampuannya dan peluang untuk bertarung dalam acara antarabangsa tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada jurulatih Wilbur Andogan dan Sapok Biki, rakan sparring, penaja iaitu Datuk Dzoolcarnine Ahmad Lek dan Sharon Bribrosh dari Persatuan Tinju Kuching, Jurulatih Ting (SMK Serian) dan M. Irfan dari Boxing Gym (Brunei) atas sumbangan mereka , serta ahli keluarga dan rakan saya.”

Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman 'Kilat Boy' Raih Juara Di Pakistan
Berjaya Tempa Nama Dalam Kejohanan Tinju Profesional, Peninju Sri Aman ‘Kilat Boy’ Raih Juara Di Pakistan

Tahukah anda bahawa terdapat wanita berbangsa Iban yang pernah menjadi heroin filem suatu ketika dahulu? Malah, kisah bagaimana mereka tiba-tiba mendapat tuah menjadi bintang filem juga amat menarik untuk diketahui. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memang Murah! Warung Hasmida Di Kuching Menawarkan Semua Menu Dengan Harga RM2 Sahaja
Next Article Langsung Tak Sama! Netizen Kecam Persembahan Kononnya Tarian Dayak Kenyah Langsung Tak Sama! Netizen Kecam Persembahan Kononnya Tarian Dayak Kenyah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?