I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ayuh Kenali 2 Heroin Wanita Iban Pertama, Seniwati Luli Anak Gagat Dan Narang Anak Adam
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ayuh Kenali 2 Heroin Wanita Iban Pertama, Seniwati Luli Anak Gagat Dan Narang Anak Adam

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 12/06/22 9:05 PM
Kongsi
10 Min Bacaan
Kongsi

Luli menjadi pelakon wanita Iban pertama dalam filem The Long House pada tahun 1957.

Ayuh Kenali 2 Heroin Wanita Iban Pertama, Seniwati Luli Anak Gagat Dan Narang Anak Adam. Tahukah anda bahawa terdapat wanita berbangsa Iban yang pernah menjadi heroin filem suatu ketika dahulu? Malah, kisah bagaimana mereka tiba-tiba mendapat tuah menjadi bintang filem juga amat menarik untuk diketahui.

Disebabkan filem yang mereka bintangi tidak lagi disiarkan di mana-mana platform, maka kewujudan mereka dalam arena perfileman juga lenyap ditelan zaman begitu sahaja. Namun, dalam artikel kali ini, kami bawakan kepada anda kisah Seniwati Luli Gagat dan Narang anak Adam, dua orang seniwati wanita Iban yang wajib generasi muda pada hari ini kenali.

Ayuh Kenali 2 Heroin Wanita Iban Pertama, Seniwati Luli Anak Gagat Dan Narang Anak Adam
Ayuh Kenali 2 Heroin Wanita Iban Pertama, Seniwati Luli Anak Gagat Dan Narang Anak Adam

Seniwati Luli Gagat, permata seni Sarawak yang ditemui secara tidak sengaja

Menerusi sebuah wawancara, Seniwati Luli dilamar menjadi heroin secara kebetulan. Pada waktu dahulu, bot yang dinaiki oleh sebuah pasukan kru produksi filem berserta peralatan seperti kamera, enjin generator dan lampu dari Belaga telah karam di Kaki Wong, Pelagus.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku memandangkan kesemua kru produksi memilih untuk berjalan kaki setibanya di kawasan Wong itu. Antara kru produksi yang ada pada ketika itu adalah seniman S. Roomai Noor, ayah kepada Anita Sarawak. Kesemua mereka kemudiannya harus bermalam di sebuah rumah panjang sementara menanti bantuan dan pasukan penyelamat tiba dari Kapit.

Pada keesokan harinya, pasukan penyelamat yang diketuai oleh Temenggung Jugah bersama sebuah lagi syarikat produksi filem tiba. Kebetulan pula, pada pagi itu, sebuah rombongan pengantin tiba dari Nanga Mujong ke rumah panjang tersebut.

Rupanya, terdapat upacara melah pinang (upacara perkahwinan adat kaum Iban) diadakan di rumah panjang tersebut. Upcara tersebut pula kebetulan adalah perkahwinan kakak sulung Luli. Seperti kebanyakan upacara perkahwinan adat, Luli serta gadis-gadis lain di rumah panjang tersebut mengenakan pakaian tradisi mereka yang paling cantik untuk menyambut ketibaan rombongan itu.

Sumber foto : FB Harry Frederick

Penerbit filem tertawan dengan kecantikan Luli

Melihatkan kecantikan Luli, seorang penerbit yang masih berada di rumah panjang itu merasakan Luli mempunyai potensi untuk menjadi bintang filem mereka yang seterusnya. Pada waktu itu, Luli baru berusia 16 tahun. Mereka terus bertanyakan kepada Luli sama ada beliau berminat untuk menyertai mereka. Pertanyaan yang sama diajukan kepada abang Luli, Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) dan Temenggung. Pada mulanya, Luli teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut.

Namun, setelah diberi jaminan oleh abang dan Temenggung bahawa beliau bakal menjadi heroin filem Iban yang pertama, Luli serta merta bersetuju dengan tawaran tersebut.

Luli kemudiannya diberikan watak utama dalam filem yang bertajuk The Long House yang ditayangkan pada tahun 1957. Penggambaran filem tersebut dijalankan di Kaki Wong, Pelagus dan kebanyakan latar utamanya difilemkan di Sungai Aman, Kapit. Luli digandingkan bersama Kenny Buchanan yang pada ketika itu merupakan tunang kepada Seniwati Saloma. Selain Luli, beberapa gadis Iban lain dari rumah panjang Luli juga diambil berlakon sama dalam filem tersebut sebagai kawan Luli. Penggambaran filem tersebut mengambil masa selama 2 bulan untuk disiapkan.

Sumber foto : FB Harry Frederick

The Long House : Kisah percintaan 2 budaya antara lelaki Mat Salleh dan wanita Iban

Filem The Long House itu mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki Mat Salleh (Kenny Buchanan) dengan seorang wanita Iban (Luli). Lelaki Mat Salleh itu tiba di sebuah rumah panjang dan menyaksikan pelbagai warna warni adat kaum Iban di rumah panjang. Pada waktu itulah, lelaki Mat Salleh ini jatuh cinta dengan salah seorang gadis Iban di rumah panjang itu iaitu watak lakonan Luli.Walau bagaimanapun, hubungan mereka ditentang oleh orang kampung, terutamanya oleh seorang pemuda yang turut menaruh perasaan pada gadis Iban kesayangan Mat Salleh itu. Pergaduhan berlaku namun akhirnya lelaki Mat Salleh itu terpaksa mengalah dan meninggalkan rumah panjang tersebut.

Sumber : Filem Klasik Malaysia
Sumber : Filem Klasik Malaysia
Sumber : Filem Klasik Malaysia

Filem berwarna Malaya yang pertama diedarkan untuk tontonan seluruh dunia

Menurut sebuah sumber yang sempat menonton filem ini pada zaman remajanya di Capitol, Kuala Lumpur, kebanyakan wanita yang berlakon dalam filem ini mendedahkan buah dada mereka. Namun perkara ini bukanlah sesuatu yang asing pada zaman itu kerana undang-undang kesusilaan tentang berpakaian di Sarawak belum dikuatkuasakan. Tambahan pula, Sarawak pada waktu itu belum bersatu dengan Tanah Melayu dan Sabah. Maka, orang peribumi termasuk suku kaum Dayak masih bebas mengamalkan cara hidup tradisional mereka termasuk mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Namun demikian, filem ini dianggap menarik kerana ia menggambarkan adat istiadat kaum Iban yang masih asli pada zaman itu termasuklah upacara melah pinang (perkahwinan), upacara selamat datang ke rumah panjang serta tarian ngajat. Bahkan, keindahan hutan Sarawak dipaparkan dengan cukup sempurna dalam filem tersebut. Muzik latar Dayak juga digunakan untuk mengangkat atmosfera eksotik filem ini.

Untuk pengetahuan anda, filem The Long House ini juga merupakan filem pertama Malaya yang diedarkan untuk tontonan seluruh dunia. Maka, tidak hairanlah jika ia dirakam dan disunting berwarna, menelan belanja yang tinggi. Malah, nama Luli menjadi sebutan seniman dan primadona filem Malaya pada waktu itu.

The Straits Times keluaran 9 Oktober 1957. Sumber : Filem Klasik Malaysia

Semasa tayangan perdana filem tersebut, Luli telah diterbangkan khas dari Sarawak ke Singapura diiringi oleh seorang wanita orang putih. Mereka tinggal di sana selama lebih kurang sebulan bersama wanita tersebut untuk memantau sendiri suntingan akhir filem tersebut.

Luli sempat bertentang mata dengan ‘Bujang Lapok’ dan seniwati tersohor Malaya, diundang ke istana oleh YDP Agong

Dalam pada masa yang sama, Luli juga mendapat keistimewaan untuk menghadiri tayangan perdana filem hitam putih terkenal iaitu Bujang Lapok. Malah, beliau juga sempat dipertemukan dengan seniman P.Ramlee, Aziz Satar, S.Shamsuddin (Sudin), seniwati Normadiah, Siti Tanjung Perak. Mereka melayan Luli dengan sangat baik terutamanya seniwati Normadiah sehingga mereka menjadi akrab. Tidak lupa, seniman P.Ramlee juga pernah mengajak Luli untuk bersama mereka makan tengah hari di rumahnya.

Pengalaman manis seniwati Luli berada di Kuala Lumpur pastinya sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Beruntungnya seniwati veteran Iban ini kerana beliau juga pernah diundang oleh Yang DiPertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berserta Permaisuri Agong singgah ke sebuah acara resepsi di Istana Negara. Tidak cukup dengan itu, beliau juga diundang oleh pasangan diraja tersebut untuk melihat ruang kamar beradu diraja!

Sumber : Harry Frederick
Sumber : Harry Frederick
Sumber foto : FB Harry Frederick

Namun demikian, itu merupakan filem pertama dan terakhir yang dibintangi oleh seniwati Luli. Mengapa beliau tidak meneruskan kerjaya dalam bidang ini, tiada siapa yang tahu. Berkemungkinan juga terdapat kekangan dari segi geografi, pengangkutan, kewangan dan sebagainya pada zaman itu. Tetapi itu semua hanya andaian semata-mata.

Kini, seniwati Luli sudah berusia 86 tahun dan masih dalam keadaan sihat di kediamannya di Kuching, Sarawak.

Keadaan terkini seniwati Luli anak Gagat pada November 2020. Sumber foto : FB FINAS Malaysia

Seniwati Narang anak Adam teruskan kesinambungan seni Luli

Selepas Luli, kesinambungan lakonan wanita Iban disambut pula oleh Narang anak Adam. Narang merupakan wanita Iban kedua yang berlakon dalam filem adaptasi novel Harun Aminurrashid, Chinta Gadis Rimba (The Virgin of Borneo) terbitan Cathay-Keris Production pada tahun 1958. Narang berasal dari Kapit, sama seperti Luli dan filem ini pula dirakam di kawasan asalnya iaitu di Kapit dan Belaga.

Tangkap layar lakonan Narang dalam filem Chinta Gadis Rimba (1958). Sumber foto : FB Harry Frederick
Sumber foto : FB Harry Frederick

Filem arahan L.Krishnan ini dibintangi oleh pelakon seperti S. Roomai Noor, M. Amin, Mohd. Zain dan juga Dollah Sarawak yang memegang watak Ayah Narang. Walau bagaimanapun, anaknya memaklumkan bahawa mendiang Narang telah meninggal dunia pada 4 Ogos 1995.

Mendiang seniwati Narang anak Adam. Sumber foto : FB Harry Frederick

Filem lakonan Luli, The Long House kini dianggap ‘hilang’ kerana tidak ditemui di mana-mana platform tontonan sama ada dalam talian mahupun luar talian. Walau bagaimanapun, filem tersebut dipercayai masih selamat dalam arkib simpanan Shaw Brothers di Singapura. Cuplikan filem Chinta Gadis Rimba lakonan Narang pula boleh ditonton di Youtube. Walaupun tidak dipaparkan secara keseluruhannya, namun sedikit sebanyak ia dapat memberi gambaran bagaimana mendiang Narang menjayakan watak lakonan pada suatu masa dahulu.

Semoga panjang umur buat seniwati Luli. Buat mendiang Narang pula, bersemadilah dengan aman dan tenang. Terima kasih untuk sumbangan seni kalian yang tidak ternilai harganya.

Siapa lagi anak Sarawak generasi terkini yang berjaya dalam bidang seni? Kenali mereka lebih dekat menerusi artikel berikut :

Nur Afifah 12 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Santai Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’
Next Article Kenali Pua Kumbu, Seni Tenunan Tekstil Tradisional Masyarakat Iban Kenali Pua Kumbu, Seni Tenunan Tekstil Istimewa Masyarakat Iban

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?