I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Berkeras Nak Tidur Dalam Bilik Master, Wanita Ini Luah Rasa Marah Terhadap Ibu Mertuanya
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berkeras Nak Tidur Dalam Bilik Master, Wanita Ini Luah Rasa Marah Terhadap Ibu Mertuanya

Oleh Kedung BK 1 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Berkeras Nak Tidur Dalam Bilik Master, Wanita Ini Luah Rasa Marah Terhadap Ibu Mertuanya

Ni baru ‘diberi betis hendak paha’

Berkeras Nak Tidur Dalam Bilik Master, Wanita Ini Luah Rasa Marah Terhadap Ibu Mertuanya. Apabila anda berkahwin dengan seseorang, anda bukan sahaja berkahwin dengan pasangan anda – anda juga akan berkahwin dengan keluarga pasangan anda, justeru menjaga keamanan dalam hubungan anda dengan mertua anda adalah penting untuk memastikan keluarga yang aman.

Namun bagi wanita ini pula, tindakan ibu mertuanya yang menuntut lebih membuatkan wanita ini terkilan apabila ibu mertuanya menuntut untuk tidur di bilik tidur master dia dan suaminya berbanding bilik tetamu yang ditawarkan kepadanya.

Berkeras Nak Tidur Dalam Bilik Master, Wanita Ini Luah Rasa Marah Terhadap Ibu Mertuanya

Lebih suka duduk di rumah suami wanita itu berbanding dengan adik-beradik suaminya

Luahan wanita itu dikongsi oleh @ConfessTweetMY menerusi Twitter, di mana wanita tersebut berkata bahawa ibu suaminya sering tinggal di setiap rumah anak-anaknya.

Menurut wanita berkenaan, ibu dan bapa suaminya telah bercerai dan ibu mertuanya tinggal bersendirian semenjak itu, bergilir-gilir tinggal di setiap rumah anak-anaknya. Ia difahamkan ibu mertuanya lebih suka tinggal di rumah suami wanita itu berbanding adik-beradik suaminya yang lain.

Gambar sekadar hiasan.

Wanita itu percaya ini mungkin disebabkan suaminya sentiasa melayan permintaan ibu mertuanya tetapi tidak pernah mempersoalkan perkara itu sehinggalah giliran pasangan tersebut untuk menjadi tuan rumah kepada ibu suaminya.

Menuntut untuk tidur dalam bilik master walaupun sudah diberi bilik sendiri

Menurut wanita terbabit, apabila tiba giliran ibu mertuanya datang tinggal bersama mereka, ibu mertuanya meminta untuk tidur di bilik master pasangan itu. Walaupun diberi bilik tetamu yang agak kecil (kerana ibu mertuanya hanya tidur seorang dan tidak merancang untuk tinggal lama di rumah mereka), ibu mertuanya tetap berkeras mahu tidur di bilik master.

Alasannya ialah ibu suaminya tidak suka bilik kecil itu kerana tiada tandas peribadi dan dia terpaksa menggunakan tandas di dapur – sebuah alasan yang sangat mengelirukan wanita tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Walaupun wanita itu mengatakan bilik tidur mereka adalah ruang peribadi mereka, ibu mertuanya tetap berdegil untuk tidur di dalam bilik mereka.

Apabila pulang dari tempat kerja pada keesokan harinya, wanita tersebut mendapati bahawa ibu mertuanya telah tidur di atas katilnya apabila dia menyedari bahawa cadar katil mereka mempunyai kesan seseorang berbaring di sana.

Gambar sekadar hiasan.

Suaminya akhirnya menegur ibunya bahawa dia dilarang memasuki bilik mereka, tetapi teguran itu mengakibatkan ibu mertuanya merajuk dan meninggalkan rumah mereka untuk pulang ke rumahnya sendiri.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Jika anda dalam situasi wanita tersebut, adakah anda akan membenarkan mertua anda tidur di dalam bilik anda? Atau adakah anda rasa suami wanita itu melakukan perkara yang betul dengan menegur ibunya? Komen pendapat anda di bawah.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bubur Daging Yang Menyelerakan, Anda Perlu Cuba Port Breakfast Ketumbar Kafe Bubur Daging Yang Menyelerakan, Anda Perlu Cuba Port Breakfast Ketumbar Kafe
Next Article MYAirline Lancarkan Penerbangan Sulung Ke Kuching Hari Ini MYAirline Lancarkan Penerbangan Sulung Ke Kuching Hari Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?