• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi

Oleh
ILB - AI
7 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Menikmati suasana perkhemahan dan pelbagai hidangan pencuci mulut di Healers’ Cafe, 2 in 1

Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi. Pasti ada pelanggan yang memiliki minat atau hobi untuk isi masa lapang dengan aktiviti seperti melakukan perkhemahan, bukan? Bahkan, mungkin ada yang minat untuk menghabiskan masa hujung minggu bersantai di kedai yang menyajikan aneka pencuci mulut untuk dinikmati?

Apa kata 2 aktiviti ini digabungkan menjadi satu? Tiada yang mustahil kerana konsep ini telah berjaya diketengahkan oleh Healers’ Cafe.

Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi
Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi. Sumber gambar: FB Phoebe Lim

Konsep kafe, dirikan khemah, susun atur meja dan kerusi sememangnya membawa suasana perkhemahan tersebut dekat di hati pelanggan

Konsep berkhemah di dalam kafe ini telah dibawa oleh Healers’ Cafe di Kuching dimana pelanggan boleh menikmati hidangan sambil meluangkan masa mereka merasai suasana berkhemah di kafe ini.

Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi
Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi. Sumber gambar: FB Phoebe Lim

Untuk menghasilkan suasana tersebut, kafe ini sememangnya mendirikan sebuah khemah di kafe tersebut. Bukan itu sahaja, dengan susun atur perabot, kerusi dan meja juga membawa konsep seperti perkhemahan.

Aura ketenangan turut disempurnakan dengan menyediakan pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman

Healers’ Cafe juga adalah sebuah kafe yang membawa aura ketenangan untuk pelanggannya dengan menyediakan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti kek dan beberapa pilihan minuman yang berasaskan teh dan kopi.

Sumber gambar: FB Healers’ Cafe

Menurut paparan di page Facebook mereka, “stressed is desserts spelled backwards”. Jadi, kiranya mereka ingin pelanggan menjadikan kafe mereka sebagai pilihan yang menyenangkan untuk para pelanggan.

Jadi, untuk orang Kuching, lepas ini boleh jadikan kafe ini satu tempat untuk dikunjungi di hujung minggu bersama dengan yang tersayang.

Di Kuching sememangnya banyak pilihan kafe yang estetik yang boleh dikunjungi seperti:

Berkonsepkan British Style, Ketahui Kafe Unik Di Dalam Bas Double Decker Di Kuching
Kedai Kopi Estetik Untuk Anda Bersantai, Jom Ke Kafe The Coffee Factory Di Kuching
SUMBER :FB Phoebe LimFB Healers’ Cafe
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jubilee Arch Of Rambungan, Ini Penjelasan 'Misteri' Disebalik Pintu Gerbang Terbiar Di Jaya Bakti Jubilee Arch Of Rambungan, Ini Penjelasan ‘Misteri’ Disebalik Pintu Gerbang Terbiar Di Jaya Bakti
Next Article Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?