I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G

Oleh Aina Musa 8 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G

Sarawak bakal melangkah ke rangkaian 5G

Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan 5G. Sarawak dijangka akan melangkah ke rangkaian 5G tidak lama lagi, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Datuk Julaihi Narawi.

Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G. Sumber: Utusan Borneo

Untuk usaha itu katanya, kini Digital Network Berhad (DNB) masih dalam fasa menganalisis ketersediaan kerajaan negeri terutama dalam fasiliti infra telekomunikasi.

“Kini sebanyak 82 tapak telah dikenal pasti.

Bakal dilaksanakan secara berperingkat

“5G ini akan melalui pelaksanaan secara berperingkat dan bandar raya Kuching, Miri dan Bintulu merupakan bandar dalam fasa pertama 5G manakala bandar Sibu dalam fasa kedua,” katanya.

Terdahulu Julahi menghadiri sesi penglibatan dengan pihak berkepentingan telekomunikasi yang dihadiri Timbalannya Datuk Liwan Lagang serta wakil-wakil agensi telekomunikasi berkaitan di Hotel Raia di sini.

Julaihi turut menyatakan bahawa selain inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan persekutuan, Kerajaan Sarawak turut melaksanakan skim atau inisiatifnya sendiri.

Sarawak Berjaya Kenal Pasti 82 Tapak Untuk Pelaksanaan Rangkaian 5G

Katanya ia bagi menyokong inisiatif kerajaan persekutuan agar fokus untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi yang bermutu dapat dilaksanakan segera di seluruh Sarawak, misalnya inisiatif di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) adalah Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN).

Jaringan internet sedia ada masih perlu ditambah baik

Sementara itu sesi yang diadakan itu merupakan yang kedua dan ia lebih intensif dalam memfokus kepada isu-isu berbangkit berkenaan dengan perkhidmatan talian telefon mudah alih serta jaringan Internet yang masih perlu ditambah baik di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.

Peluang program bersama itu juga membuka ruang kepada setiap agensi berkaitan telekomunikasi untuk membentangkan cabaran-cabaran utama yang dihadapi dalam membekalkan perkhidmatan talian telefon mudah alih serta jaringan Internet seperti proses izin lalu dan bentuk muka bumi yang sentiasa menjadi cabaran utama.

Program juga menjadi platform untuk setiap agensi yang terlibat berusaha menyelaraskan tujuan atau polisi sesama sendiri yang lebih memudahkan dalam membekalkan perkhidmatan talian telefon serta akses Internet.

SUMBER : Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi
Next Article Dikenali Sebagai ‘Pagan’, Ketahui Kepercayaan Animisme Etnik Melanau Pada Satu Masa Dahulu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?