• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berkumpul Di Pantai Adalah Tidak Dibenarkan Di Zon Selatan Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
23 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kompaun akan dikenakan bagi yang tidak mematuhi arahan tersebut.

Berkumpul Di Pantai Adalah Tidak Dibenarkan Di Zon Selatan Sarawak. Dilaporkan bahawa, bersiar-siar dan juga berkumpul di pantai adalah antara aktiviti yang masih lagi belum dibenarkan di bawah fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Zon Selatan negeri Sarawak.

Berkumpul Di Pantai Adalah Tidak Dibenarkan Di Zon Selatan Sarawak
Berkumpul Di Pantai Adalah Tidak Dibenarkan Di Zon Selatan Sarawak

Aktiviti tersebut belum dibenarkan

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, aktiviti tersebut belum dibenarkan kerana dikhuatiri akan melibatkan ramai orang berkumpul di sesuatu tempat.

Oleh itu, tindakan kompaun akan dikenakan kepada mana-mana yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kita di Zon Selatan masih di fasa dua dan banyak perkara yang masih belum dibenarkan, cuma sekarang yang dibenarkan adalan ‘dine-in’ dan yang lain-lain masih sama. Begitu juga aktiviti bersiar-siar di pantai masih belum dibenarkan kerana akan menyebabkan orang ramai berkumpul,” kata beliau di dalam sidang media semalam.

Berkumpul Di Pantai Adalah Tidak Dibenarkan Di Zon Selatan Sarawak

Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir

Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan juga adalah tidak dibenarkan. Manakala aktiviti sukan dan rekreasi hanya dibenarkan untuk sukan yang tidak melibatkan bersentuhan.

“Manakala aktiviti pendakian tidak dibenarkan untuk kumpulan yang ramai, tetapi kalau bilangan tidak ramai dan mematuhi SOP masih boleh dipertimbangkan. Yang pasti, sebarang aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan sentuhan masih tidak dibenarkan,” tambah beliau lagi. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persediaan Awal Pembukaan Sekolah Di Sarawak, Vaksinasi Remaja 12 Hingga 15 Tahun Bermula Khamis Ini
Next Article Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?