• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu

Oleh
Ismail NA
23 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sama tinggi bila berdiri sebelah menyebelah!

Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu. Selain bunga pakma atau lebih dikenali dengan nama Rafflesia, Taman Negara Gunung Gading di Lundu juga mempunyai satu lagi tarikan unik iaitu kehadiran bunga bangkai. Berbeza dengan bunga-bunga lain, saiz ketinggian bunga ini boleh menyamai ketinggian seorang manusia dewasa yang sedang berdiri.

Isi Isi Penting
  • Sama tinggi bila berdiri sebelah menyebelah!
  • Bunga bangkai mekar sepenuhnya Jumaat ini!
  • 15 spesis Amorphophallus berstatus endemik di Sarawak
  • Gunung Gading juga merupakan habitat kepada bunga Rafflesia. Ini fakta bunga Rafflesia yang anda mesti tahu :

Malah, ketinggian bunga ini berupaya melepasi ketinggian purata manusia iaitu lebih daripada 2 meter!

Bunga ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak dan busuk. Oleh yang demikian, bunga ini diberikan gelaran bunga bangkai. Namun, hakikatnya bunga ini tidak selalunya mengeluarkan bau-bauan busuk seperti yang dinyatakan. Ada pun spesis yang sama iaitu Titan Arum (Amorphophallus titanum) hanya mengeluarkan bau-bauan yang tidak menyenangkan sekitar jam 5 hingga 7 petang sahaja.

Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu
Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu. Sumber foto : FB Sarawak Forestry Corporation

Bunga bangkai mekar sepenuhnya Jumaat ini!

Dari sudut saintifik, nama Amorphophallus ini berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud tiada bentuk (amorphous) serta zakar (phallus) yang merujuk kepada bentuk spadix nya. Di peringkat matang atau vegetatif, tumbuhan ini boleh tumbuh lebih daripada 3 meter manakala ia boleh tumbuh sehingga 1 hingga 1.5 meter apabila di peringkat berbunga.

Menurut laman Facebook rasmi Sarawak Forestry Corporation (SFC), bunga bangkai yang dijumpai di Gunung Gading kini sudah mula meninggi dan menunjukkan pertumbuhan beberapa inci dalam masa sehari. Bunga bangkai ini juga dijangka akan mekar sepenuhnya pada Jumaat ini (24 September 2021).

Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu
Sumber foto : FB Sarawak Forestry Corporation
Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu
Sumber foto : FB Sarawak Forestry Corporation
Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu
Sumber foto : FB Sarawak Forestry Corporation

15 spesis Amorphophallus berstatus endemik di Sarawak

Bunga bangkai dengan nama saintifik Amorphophallus hewittii ini merupakan sejenis bunga gergasi yang dikategorikan sebagai endemik di Kepulauan Borneo. Difahamkan, terdapat 15 jenis spesis Amorphophallus yang telah dijumpai di Sarawak dan berstatus endemik. Selain Gunung Gading, Amorphophallus hewittii ini juga pernah dijumpai di Gunung Serapi, Padawan, Siniawan, Bau dan Miri. Secara amnya, terdapat sekurang-kurangnya 200 spesis Amorphophallus di kawasan tropika dan sub tropika di seluruh dunia.

Bunga bangkai ini juga seringkali dijumpai di kawasan batu kapur dan berbatu, terutamanya di kawasan batu kapur, batu pasir dan granit di Barat Sarawak.

Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu
Sumber foto : FB Sarawak Forestry Corporation

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri keunikan bunga bangkai ini, anda dicadangkan untuk berkunjung ke Taman Negara Gunung Gading Lundu pada hari Jumaat kerana bunga bangkai ini berkembang sepenuhnya dan berada dalam keadaan yang paling cantik pada hari tersebut. Jangan lupa untuk patuhi SOP, okay?

Gunung Gading juga merupakan habitat kepada bunga Rafflesia. Ini fakta bunga Rafflesia yang anda mesti tahu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkumpul Di Pantai Adalah Tidak Dibenarkan Di Zon Selatan Sarawak
Next Article Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?