• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching

Oleh
Aina Musa
3 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching

Rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina

Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching. Selepas dua tahun menyambut perayaan tahun baru cina secara sederhana, Sarawak Tourism Federation (STF) akan mengadakan majlis rumah terbuka secara besar-besaran buat warga Kuching.

Rasanya tidak lengkap sesuatu perayaan tidak dilengkapi dengan anjuran majlis rumah terbuka. Oleh itu, sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, pihak STF akan menganjurkan rumah terbuka di MBKS, Kuching untuk tahun ketiga.

Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching
Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching. Kredit: STF – Sarawak Tourism Federation

Save the date!

Buat anda yang berkelapangan, jangan lupa untuk ‘mark your calender’ pada 4 Februari ini bersamaan dengan hari sabtu (esok).

Untuk rumah terbuka kali ini, pihak STF memilih Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MBKS) sebagai lokasi majlis rumah terbuka ini.

Majlis tersebut akan berlangsung di depan bangunan MBKS, Kuching dari jam 11 pagi hingga 2 petang sahaja.

Pelbagai aktiviti menarik

Menariknya rumah terbuka kali ini, tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang menggambarkan budaya masyarakat Cina.

Antaranya, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan tarian singa dari 3 etnik cina yang berbeza. Misalnya, persembahan tarian singa dari masyarakat Cina Hakka, utara dan selatan.

Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching

Selain tarian singa, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan drum tradisional masyarakat Cina. Mesti meriah!

Sebut sahaja rumah terbuka mesti anda terus terfikir tentang juadah menarik yang akan dihidangkan. Usah risau, tetamu yang hadir akan dihidangkan dengan pelbagai menu yang enak untuk makan tengah hari.

Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir juga berpeluang merasai ‘Yee Sang’ iaitu makanan simbolik masyarakat Cina terutamanya pada tahun baru Cina.

Jangan lepaskan peluang ini bagi merasai budaya masyarakat Cina.

Untuk info lanjut boleh ikuti Facebook STF di sini.

Baca lagi artikel terkini di sini:

https://www.iloveborneo.my/tawar-aneka-dessert-dan-kopi-anda-wajib-cuba-beanz-cafe-di-emporium-ini/
Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing
Next Article Hanya RM 5, Mydin Perluas 'Menu Rahmah' Ke Sabah Sarawak Pula Hanya RM 5, Mydin Perluas ‘Menu Rahmah’ Ke Sabah Sarawak Pula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?