• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing

Oleh
Husna Hazmi
3 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato.

Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato ini sudah menjadi salah satu permainan trending di kalangan kanak-kanak malah golongan dewasa pada masa kini. Oleh kerana terlalu popular, banyak juga pihak-pihak di luar sana yang mengadakan pertandingan permainan Lato-Lato ini.

Baru-baru ini di Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun telah mendapat hadiah unik daripada bermain Lato-Lato ini.

Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing
Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Sumber foto: FB Sentul Times

Dihadiahkan seekor kambing

Walaupun kedengaran kelakar, tetapi Chesta Khadafi dari Sedati ini telah dihadiahkan seekor kambing selepas dinobatkan juara kerana telah bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti di pentas final Pertandingan Lato-Lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur Indonesia.

Pertandingan yang diadakan di Desa Siwalanpanji itu dimeriahkan dengan 300 penyertaan peserta berusia dari 6 tahun hingga 16 tahun.

Penganjur pertandingan tersebut, Muhammad Subeki dilaporkan tidak membenarkan peserta untuk membawa lato-lato sendiri sebaliknya mereka perlu mengguna lato-lato yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Menurut Subeki, pada pusingan penyingkiran, para peserta perlu bermain lato-lato selama 10 minit sebelum layak ke pusingan separuh akhir.

Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing
Sumber foto: FB Sentul Times

Pusingan separuh akhir perlu main Lato-Lato sambil duduk, mencangkung dan berjalan mengundur

Pada pusingan separuh akhir pula, peserta perlu bermain lato-lato sambil duduk, mencangkung serta berjalan secara mengundur. Manakala pada pusingan akhir pula, juara akan ditentukan melalui siapa yang paling lama bertahan bermain lato-lato tanpa henti.

Juara Lato-Lato, Chesta Khadafi berkata, dia telah melakukan persiapan dan latihan selama seminggu sebelum pertandingan namun tidak menyasarkan untuk mendapat tempat pertama.

Walaupun meletihkan kerana perlu bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti, tetapi Chesta bersyukur dan berkata hadiah kambing yang dierolehinya adalah worth it! Kambing yang dimenanginya itu juga dikatakan akan dihadiahkan kepada orang tuanya.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Kini Trending, Tahukah Anda Permainan Lato-Lato Ini Telah Diharamkan Di 3 Negara
‘Cleaner’ Berhati Mulia, Lelaki Ini Wakafkan 2 Mesin Dialisis Bernilai RM 80K Di Tempat Kerjanya
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Kena 'Friendzone', Lelaki Ini Saman Rakan Wanitanya RM9.7 Juta Gara-Gara Kena ‘Friendzone’, Lelaki Ini Saman Rakan Wanitanya RM9.7 Juta
Next Article Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching Berlangsung Esok, MBKS Anjur Rumah Terbuka Sempena CNY Buat Warga Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?