• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bermula RM 359, Anda Sudah Boleh Bercuti Di Sarawak Sekali Dengan Flight Dan Hotel 3H2M!

Oleh
Ismail NA
27 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kat mana nak dapat ni?

Bermula RM 359, Anda Sudah Boleh Bercuti Di Sarawak Sekali Dengan Flight Dan Hotel 3H2M! Siapa yang tidak tahu, Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Kalau dah besar, mestilah banyak tempat yang best dan wajib lawat di sini.

Isi Isi Penting
  • Kat mana nak dapat ni?
  • Tapi biar betul RM 359 sahaja berserta tiket penerbangan dan hotel 3 hari 2 malam?
  • Tempoh tempahan : Sekarang hingga 28 Februari 2022
  • Tempoh penerbangan : Sekarang hingga 20 April 2022
  • MAS kini menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu
  • Kalau anda tak tahu nak jalan-jalan kat mana di Sarawak, anda boleh rujuk artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini. Contohnya seperti berikut;

Tambahan pula, insititusi pengajian tinggi di Sarawak tahun ini dikhabarkan bakal mengadakan majlis graduasi sebanyak tiga kali tahun ini. Nah, inilah peluang terbaik untuk anda membawa keluarga sekaligus mengubat kerinduan dengan Sarawak, betul tak?

via GIPHY

Tapi biar betul RM 359 sahaja berserta tiket penerbangan dan hotel 3 hari 2 malam?

Ya betul! Pakej terlajak murah ini ditawarkan sendiri oleh Malaysia Airlines menerusi pakej Sia Sitok Sarawak Plus MHholidays sempena tahun 2022. Anda boleh terbang ke Sarawak dari Kuala Lumpur ke Kuching dengan memilih beberapa pakej hotel dan penerbangan mengikut tarikh yang anda ingini.

Bermula RM 359, Anda Sudah Boleh Bercuti Di Sarawak Sekali Dengan Flight Dan Hotel 3H2M!
Bermula RM 359, Anda Sudah Boleh Bercuti Di Sarawak Sekali Dengan Flight Dan Hotel 3H2M! Kredit : Malaysia Airlines

Hotel yang disenaraikan dalam pakej MHholidays ini juga bukan calang-calang ya! Kebanyakannya adalah hotel yang bertaraf 3 bintang dan ke atas seperti Merdeka Palace Hotels & Suites, Hotel Pullman, Citadines Upland Kuching, UCSI Hotel, Hilton Kuching dan banyak lagi.

Sebagai contoh, jika anda memilih untuk menginap di hotel Merdeka Palace Hotels & Suites selama 3 hari 2 malam bersekali dengan tambang penerbangan dua hala, harga yang ditawarkan kepada anda adalah bermula daripada RM 359 sahaja! Murah sangat dah ni. Kalau laman tempahan lain, harga ini biasanya untuk satu tiket penerbangan sahaja tau.

Tempoh tempahan : Sekarang hingga 28 Februari 2022

Tempoh penerbangan : Sekarang hingga 20 April 2022

[MHholidays] Merdeka Palace Hotels & Suites

RM 359
untuk seorang pengembara
Beli Pakej Ini Sekarang
Penginapan 3 hari 2 malam berserta tiket penerbangan dua hala Malaysia Airlines (per pax)

[MHholidays] Grand Margherita Hotel

RM 399
untuk seorang pengembara
Beli pakej ini sekarang
Penginapan 3 hari 2 malam berserta tiket penerbangan dua hala Malaysia Airlines (per pax)

[MHholidays] Harbour View Hotel

RM 359
untuk seorang pengembara
Beli pakej ini sekarang
Penginapan 3 hari 2 malam berserta tiket penerbangan dua hala Malaysia Airlines (per pax)

[MHholidays] Citadines Uplands Kuching

RM 439
untuk seorang pengembara
Beli pakej ini sekarang
Penginapan 3 hari 2 malam berserta tiket penerbangan dua hala Malaysia Airlines (per pax)

[MHholidays] UCSI Hotel Kuching

RM 479
untuk seorang pengembara
Beli pakej ini sekarang
Penginapan 3 hari 2 malam berserta tiket penerbangan dua hala Malaysia Airlines (per pax)

MAS kini menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu

Untuk pengetahuan anda, penerbangan terus Malaysia Airlines ke Kuching sekarang tidak hanya terhad dari Kuala Lumpur sahaja. Anda juga sudah boleh menempah penerbangan terus dari pelbagai destinasi di Malaysia seperti Langkawi, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu. Tak perlu lah nak transit banyak tempat lagi.

Tiket penerbangan terus Malaysia Airlines ke Sarawak
Lagi awal, lagi murah!
Tempah Sekarang

Selain daripada hotel di Kuching, pakej MHholidays ini juga turut menawarkan penginapan di pelbagai lokasi lain di seluruh Sarawak seperti Sibu, Bintulu dan Miri.

Anda juga boleh usha tawaran menarik lain seperti pakej Sia Sitok Sarawak Plus di laman sesawang Journify milik Malaysia Airlines untuk mendapatkan diskaun hebat terutamanya yuran untuk ke tempat-tempat menarik di Sarawak.

Kalau anda tak tahu nak jalan-jalan kat mana di Sarawak, anda boleh rujuk artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini. Contohnya seperti berikut;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gempa Bumi Berukuran 3.0 Magnitud Melanda Kalimantan Utara, Gegaran Dirasai Di Limbang Dan Lawas Gempa Bumi Berukuran 3.0 Magnitud Melanda Kalimantan Utara, Gegaran Dirasai Di Limbang Dan Lawas
Next Article BKSS 8.0 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Bantuan Kini Bukan Dalam Bentuk Wang Tunai BKSS 8.0 Dilancarkan Secara Rasmi, Bantuan Kini Dalam Bentuk Potongan Diskaun Utiliti

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?