• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

BKSS 8.0 Dilancarkan Secara Rasmi, Bantuan Kini Dalam Bentuk Potongan Diskaun Utiliti

Oleh
ILB - AI
28 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
BKSS 8.0 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Bantuan Kini Bukan Dalam Bentuk Wang Tunai

Bantuan BKSS 8.0 kali ini akan diagihkan dalam bentuk potongan diskaun.

BKSS 8.0 Dilancarkan Secara Rasmi, Bantuan Kini Dalam Bentuk Potongan Diskaun Utiliti. Bantuan yang dinantikan oleh semua rakyat Sarawak iaitu Bantuan Kewangan Sarawakku Sayang (BKSS) telah pun diumumkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi sidang media rasmi sebentar tadi.

Isi Isi Penting
  • Bantuan BKSS 8.0 kali ini akan diagihkan dalam bentuk potongan diskaun.
  • Kebanyakannya diberi dalam bentuk diskaun bil
  • Senarai insentif dan bantuan yang diumumkan adalah seperti berikut :
  • Berikut adalah perbelanjaan keseluruhan untuk pakej BKSS sejak tahun 2020

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh beliau pada Selasa lalu, pakej BKSS secara keseluruhannya merupakan bantuan yang terbesar pernah diberikan oleh kerajaan negeri di Malaysia.

Malah, beliau turut mengesahkan sebaran yang tular sebelum ini bahawa BKSS 8.0 melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai bagi membantu mengurangkan beban rakyat, yang merangkumi enam bulan pertama tahun 2022.

BKSS 8.0 Dilancarkan Secara Rasmi, Bantuan Kini Dalam Bentuk Wang Tunai One-Off Dan Potongan Diskaun
BKSS 8.0 Dilancarkan Secara Rasmi, Bantuan Kini Dalam Bentuk Potongan Diskaun Utiliti

Kebanyakannya diberi dalam bentuk diskaun bil

Difahamkan, bantuan kewangan berbentuk bayaran one-off akan tetap diberikan namun hanya untuk tertentu. Bantuan bukan tunai adalah berupa potongan diskaun utiliti.

Senarai insentif dan bantuan yang diumumkan adalah seperti berikut :

1

Diskaun Bil Elektrik dan Air

Sejumlah 647,000 isi rumah akan mendapat manfaat diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta. Sementara itu, 646,131 isi rumah akan mendapat manfaat diskaun bil air dengan peruntukan RM24 juta.
2

Diskaun Penyewa Rumah, Pasar dan Gerai

Diskaun sebanyak 50 peratus akan diberi kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan, dengan peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
3

Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

87,500 penjaja akan diberi geran RM1,000 sekali bayar melalui Sarawak Pay, dengan peruntukan RM87.5 juta disediakan.
4

Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas dan Van Berlesen

Insentif RM500 sekali bayar akan diberi kepada seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pemandu teksi, bas sekolah, operator van dan pengusaha van berlesen, dengan peruntukan sejumlah RM0.87 juta.
5

Penepian Sewa Kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME)

Penepian sewa kepada SME dalam sektor runcit yang beroperasi di premis milik Government-Linked Companies (GLC) negeri, dengan peruntukan sebanyak RM2.0 juta.
6

Diskaun Sewa Pasar dan Gerai Milik Pihak Berkuasa Tempatan

10,165 penyewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan akan menerima manfaat diskaun 50%, dengan peruntukan berjumlah RM1.7 juta telah disediakan.

Sehingga kini, kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membelanjakan sejumlah RM 5.3 bilion untuk pakej BKSS sejak pengenalannya pada bulan Mac 2020.

Berikut adalah perbelanjaan keseluruhan untuk pakej BKSS sejak tahun 2020

2020

BKSS 1.0 (23 Mac) – RM 1.15 bilion
BKSS 2.0 (10 April) – RM 1.1 bilion
BKSS 3.0 (8 Mei) – RM 300 juta
BKSS 4.0 (23 Oktober) – RM 104 juta

2021

BKSS 5.0 (21 Januari) – RM 405 juta
BKSS 6.0 (28 Mei) – RM 1.4 bilion
BKSS 7.0 (4 Ogos) – RM 800 juta

2022

BKSS 8.0 (28 Januari) – RM 285.47 juta

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula RM 359, Anda Sudah Boleh Bercuti Di Sarawak Sekali Dengan Flight Dan Hotel 3H2M!
Next Article Jom Cuba Birria Tacos, Tortilla Mexico Berinti Daging Empuk Yang Padu Di Satok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?