• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bermula September, Syarikat Penerbangan Wajib Beri Bayaran Balik Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam

Oleh
Farisha
28 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mulai 2 September, penumpang boleh tuntut bayaran balik penuh untuk penerbangan lewat 5 jam ke atas

Bermula September, Syarikat Penerbangan Wajib Beri Bayaran Balik Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam. Mulai 2 September ini, syarikat penerbangan perlu memberi bayaran balik penuh kepada penumpang yang mengalami kelewatan penerbangan 5 jam atau lebih, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ini hasil pindaan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) 2016 oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Peraturan ini terpakai bagi penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan penerbangan tertangguh dan membeli tiket lain.

Bermula September, Syarikat Penerbangan Wajib Beri Bayaran Balik Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam
Bermula September, Syarikat Penerbangan Wajib Beri Bayaran Balik Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam

Sebelum ini, syarikat penerbangan hanya perlu menyediakan makanan dan sebagainya. Bayaran balik mesti dibuat melalui kaedah pembayaran asal penumpang.

Untuk penerbangan terganggu akibat keadaan luar biasa seperti perubahan cuaca, syarikat penerbangan boleh menawarkan bayaran balik dalam bentuk baucar perjalanan atau kredit, tetapi pengguna berhak memilih kaedah bayaran balik.

Perubahan jadual penerbangan perlu dimaklumkan dua minggu awal bermula tahun depan

Bermula Januari tahun depan, perubahan jadual penerbangan mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu awal, kecuali dalam kes luar biasa atau masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Penerbangan yang dibatalkan mesti dikeluarkan dari semua platform tempahan untuk melindungi pengguna.

Kes penumpang tidak dapat menaiki pesawat kerana terlebih tempahan mesti dimaklumkan di kaunter daftar masuk atau pintu berlepas. Ini untuk mengelakkan penumpang diminta turun selepas menaiki pesawat.

Menurut sumber, tempoh membuat aduan dilanjutkan dari setahun kepada dua tahun. Loke menegaskan bahawa MACPC yang diperbaharui akan meningkatkan perlindungan pengguna semasa penerbangan, dan Mavcom akan memantau pematuhan syarikat penerbangan terhadap piawaian industri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tingkatkan Peluang Ekonomi, Syarikat Penerbangan Digesa Buka Laluan Baru Antara Sarawak Dan Nusantara
Malaysia Airlines, Firefly Dan Amal Kurangkan Penerbangan Sehingga Disember Demi Keselesaan Pelanggan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Met Malaysia Beri Amaran, Ribut Petir Dan Hujan Berterusan Dijangka Melanda Sarawak Sehingga 31 Ogos
Next Article Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?