• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Berpacukan’ Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan

Oleh
Aina Musa
13 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan

Bakal dibina suku pertama tahun hadapan

‘Berpacukan’ Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan. Kerja-kerja pembinaan cadangan lapangan terbang baharu Lawas dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dan dijangka siap pada penghujung 2026.

Isi Isi Penting
  • Bakal dibina suku pertama tahun hadapan
  • Dibina semula bagi menampung aktiviti pelancongan dan ekonomi
  • Kali terakhir dinaik taraf adalah pada tahun 1996. Lama tu!
  • Lapangan terbang baharu Lawas berpacukan tenaga hijau

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, cadangan pelbagai projek mega seperti Lebuhraya Pantai Utara, Jalan Link Sarawak Sabah dan Lebuhraya Trans Borneo yang bakal dilaksanakan di kawasan itu juga menjadi faktor utama Lawas memerlukan sebuah lapangan terbang yang lebih besar.

'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan
‘Berpacukan’ Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan. Kredit foto: Borneo Post Online

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (Recoda) juga telah selesai menjalankan kajian untuk cadangan pelabuhan laut dalam baharu di Lawas manakala kementerian saya kini dalam usaha menyiapkan pelan induk pembangunan terminal perindustrian yang merupakan sebahagian daripada strategi untuk membangunkan hab petrokimia di Lawas.

Dibina semula bagi menampung aktiviti pelancongan dan ekonomi

Awang Tengah menegaskan bahawa Lawas memerlukan lapangan terbang yang lebih besar untuk menampung kemasukan pelancong perniagaan dan percutian ke bandar untuk menyertai aktiviti ekonomi dan pelancongan.

'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan
Kredit foto: FB El RozQen

Tambah beliau, lapangan terbang baharu ini penting kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di wilayah utara.

Recoda memaklumkan fungsi lapangan sedia ada ketika ini yang mula beroperasi pada 1961 dikategorikan sebagai terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) meskipun sudah beberapa kali dinaik taraf.

Kali terakhir dinaik taraf adalah pada tahun 1996. Lama tu!

Kali terakhir kerja- kerja ‘pembesaran’ dilaksanakan pada 1996 namun terus dibelenggu beberapa isu termasuklah banjir selain peningkatan penumpang yang tidak mampu diserap oleh operasi lapangan terbang berkenaan.

'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan
Lapangan Terbang Lawas kini. Kredit Foto : Twitter Malaysia Airport

“Kementerian Pengangkutan Malaysia yang menjalankan kajian pada 2016 telah mengesyorkan untuk membina sebuah lapangan terbang baharu dengan panjang landasan 1,500 meter yang boleh memuatkan pesawat ATR 72-500,” tambah Recoda.

Lapangan terbang baharu Lawas berpacukan tenaga hijau

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, operasi lapangan terbang berkenaan bakal ‘dipacu’ oleh tenaga hijau selaras dengan agenda hidrogen hijau Sarawak serta pembangunan ekonomi hidrogen Sarawak.

Lapangan terbang ini juga dikatakan lebih mesra pengguna bagi memanfaatkan pelancong dan penduduk sekitar Lawas.

“Oleh itu, lapangan terbang baharu ini penting kerana ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di wilayah utara,” katanya.

Baca lagi berkenaan projek mega di Sarawak:

Siap 82 Peratus, Lebuh Raya Trans Borneo Sarawak-Sabah Dijangka Siap 5 Tahun Akan Datang
Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini

SUMBER :Borneo Post Online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular ‘Pengkid’ Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Next Article Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?