• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular ‘Pengkid’ Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar

Oleh
Ismail NA
12 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Berani betul ya.

Tular ‘Pengkid’ Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar. Sebelum ini, tular seorang selebriti mak nyah Malaysia yang menunaikan haji menggunakan pakaian perempuan.

Isi Isi Penting
  • Berani betul ya.
  • Pernah ajak kahwin sebelum dikantoikan oleh kenalan ‘pengkid’ di TikTok
  • Nama penuh yang tertera di kad pengenalannya mempunyai ‘binti’
  • Pergi umrah guna visa pelancong
  • Antara ciapan yang menyokong tindakan ‘pengkid’ menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki, serta menyelar wanita yang mendedahkan kejadian itu kerana tidak memakai tudung:

Belum selesai kes tersebut, terbaharu seorang perempuan menyerupai lelaki atau dipanggil ‘pengkid’ pula melakukan perkara yang sama di Tanah Suci Mekah. Bezanya, ‘pengkid’ ini menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki.

Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Tular ‘Pengkid’ Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar. Sumber: Twitter @Aliyameha

Pernah ajak kahwin sebelum dikantoikan oleh kenalan ‘pengkid’ di TikTok

Perkara ini didedahkan oleh seorang wanita di laman Twitter yang kemudiannya disusuli dengan pendedahan yang agak mengejutkan tentang ‘pengkid’ tersebut. Difahamkan, wanita tersebut sebelum ini pernah ditipu oleh ‘pengkid’ berkenaan yang mengajaknya untuk berkahwin sebelum ini.

berani eh🫠 Sesak nafas rasa. Aku harap kau bertaubat la Nur Syazwani. Berapa ramai lelaki batal wuduk pic.twitter.com/TaWpFgoHy4

— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 11, 2022
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha

Sebelum orang tuduh saya photoshop, nah lah bukti. I nak edit gambar sendiri pun hidung jd micheal jackson inikan pula nak photoshop. pic.twitter.com/lfpzthw6Zf

— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 12, 2022

Menerusi rajutan yang sama, wanita ini juga mendedahkan sebuah video yang menunjukkan ‘pengkid’ berkenaan menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki. Bukan itu sahaja, ‘pengkid’ itu juga sempat mengambil video di hadapan Kaabah di Mekah bersama ribuan jemaah lain di situ.

Berani eh. Sesak nafas rasa. Aku harap kau bertaubat lah Nur Syazwani. Berapa ramai lelaki yang batal wuduk,”

Nama penuh yang tertera di kad pengenalannya mempunyai ‘binti’

Wanita ini mengakui di rajutannya bahawa beliau memiliki data peribadi yang membuktikan bahawa ‘pengkid’ tersebut adalah sememangnya diperakui perempuan. Ini termasuklah maklumat dokumen rasmi seperti kad pengenalan, lesen, dan maklumat tempat mengundi.

Bercerita lanjut, wanita ini pada mulanya seakan tidak percaya individu yang menjalinkan hubungannya adalah seorang perempuan namun bergelar ‘pengkid’. Maklumat mengejutkan ini diterimanya daripada pesanan orang ramai di TikTok yang ‘spill tea’ bahawa individu berkenaan sebenarnya adalah seorang ‘pengkid’ berdasarkan kenalan mereka.

Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
https://www.tiktok.com/@prettygirlgonepublic/video/7130738429700197658?_r=1&_t=8UloeroDq0Q&is_from_webapp=v1&item_id=7130738429700197658

Pergi umrah guna visa pelancong

Ketika ditanya oleh netizen tentang bagaimana ‘pengkid’ yang bernama Nur Syazwani itu boleh menunaikan umrah tanpa mutawwif, wanita ini mendakwa bahawa ‘pengkid’ ini pergi ke Mekah menggunakan visa pelancong, dan bukannya visa khas untuk menunaikan umrah.

Malah, niat sebenarnya pergi ke Arab Saudi didakwa untuk berjumpa dengan teman wanitanya, namun mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah.

Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha

Walau bagaimanapun, isu ini mendapat reaksi yang berbelah bahagi daripada netizen. Meskipun kebanyakannya mengecam tindakan ‘pengkid’ ini yang seolah-olah melawan fitrah dan hukum agama, namun ada juga yang menyerang peribadi wanita yang membuat pendedahan ini yang tidak memakai tudung.

Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha

Antara ciapan yang menyokong tindakan ‘pengkid’ menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki, serta menyelar wanita yang mendedahkan kejadian itu kerana tidak memakai tudung:

Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha
Tular 'Pengkid' Dari Malaysia Tunai Umrah Pakai Ihram Lelaki, Wanita Ini Dedah Perangai Sebenar
Sumber: Twitter @Aliyameha

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia tentang perkara ini. Apa-apa pun, marilah kita doakan agar individu berbuat kemungkaran segera bertaubat. Soal peraturan Allah, apatah lagi peraturan di tanah suci ini berat hukumnya.

Wallahualam. (Hanya Allah sahaja yang mengetahui).

Ini pula cerita tentang masalah perkauman yang dihadapi oleh sesetengah masyarakat di Malaysia:

‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu
“Bukan Rasis Tapi …,” – Video Lelaki Rasa ‘Kembang Tekak’ Makan Laksa Sarawak Di Kedai Cina Buat Netizen Geram
SUMBER :Twitter @Aliyameha
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Bacaan IPU Hingga 154, Keadaan Berjerebu Punca Sri Aman Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat
Next Article 'Berpacukan' Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan ‘Berpacukan’ Tenaga Hijau, Lapangan Terbang Baharu Lawas Mula Dibina Tahun Depan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?