I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini

Nur Afifah 28 Julai 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

#HartalDoktorKontrak adalah satu bentuk solidariti kepada doktor kontrak untuk menuntut status sebagai doktor tetap.

Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini. Pada Isnin yang lalu, ribuan doktor berstatus kontrak di seluruh pelusuk Malaysia melakukan satu bentuk mogok yang dinamakan sebagai Hartal Doktor Kontrak. Menerusi tunjuk perasaan aman ini, para doktor kontrak menyertainya dengan memakai seragam scrubs atau pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes dan tuntutan hak untuk dijadikan sebagai doktor berstatus tetap.

Di Tawau, lain pula ceritanya. Seorang netizen telah mendedahkan di laman Twitter bahawa seorang doktor di Hospital Tawau telah melakukan tindakan yang licik dan jijik. Pengguna Twitter dengan nama akaun @avenfauzi ini memberitahu bahawa doktor ini menyamar sebagai wakil doktor kontrak di hospital tersebut dan memberikan kenyataan serong tentang doktor kontrak kepada pihak media.

Lebih mengejutkan, doktor tersebut sebenarnya berstatus tetap dan hanya bekerja di bahagian pentadbiran hospital serta tidak terlibat dalam tugas hakiki doktor selain pengurusan tertinggi dan bidang kajian!

Bercerita lebih lanjut, pengguna Twitter @avenfauzi atau dikenali dengan nama Aven ini mendakwa bahawa doktor tetap tersebut turut berpakat dengan pihak pentadbiran hospital mengancam doktor kontrak di hospital tersebut agar ditangkap jika mereka berdegil untuk melakukan hartal pada Isnin lalu.

First of all, kau doktor permanent yang kerja admin. Our colleagues in Hospital Tawau cancel join Hartal sebab budak ni kawtim dengan admin untuk tangkap doktor yang join hartal. Jijik. pic.twitter.com/AKO3CHxMRC

— ανєη △⃒⃘ (@avenfauzi) July 27, 2021

Jijik! Menyamar sebagai doktor kontrak untuk beri kenyataan songsang kepada media

Akibatnya, doktor kontrak yang juga merupakan rakan sekerja kepada Aven terpaksa membatalkan niat mereka.

Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Aven, doktor tersebut memberi kenyataan kepada akhbar tempatan mewakili doktor kontrak dengan mengatakan bahawa doktor kontrak tidak wajar melaksanakan hartal tersebut kerana tenaga mereka diperlukan untuk merawat pesakit.

Malah, doktor tetap tersebut juga menambah ‘perasa’ kepada kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa pihaknya sebagai ‘doktor kontrak’ (yang mana adalah bukan sama sekali) menyerahkan isu kontrak kepada pihak kerajaan kerana mereka pasti akan mendengar masalah ini.

Doktor tersebut digesa untuk kembali ke pejabatnya dan membenarkan para doktor kontrak di Hospital Tawau untuk menyuarakan hak mereka sama seperti doktor kontrak di tempat lain.

Ciapan lelaki ini mendapat sebanyak lebih 6,000 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka.

Netizen ikut menyampah dengan doktor tetap ini

Meninjau ke ruangan balasan, netizen turut mengecam perbuatan jijik doktor tetap itu. Malah, ada yang meletakkan bukti status jawatannya sebagai doktor tetap setelah memeriksanya dalam direktori Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bidang kerja doktor tetap tersebut jika tidak turun ke wad dan merawat pesakit.

oof this is true, he is a permanent doctor pic.twitter.com/XWz1Ha8nfW

— Azierah (@azierahans) July 27, 2021
Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini
Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini. Sumber : Twitter @avenfauzi
Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini
Sumber : Twitter @avenfauzi
Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini
Sumber : Twitter @avenfauzi

“Doktor yang menyertai hartal akan masuk balik ke dalam ICU lah. Anda fikir mereka tidak ada empati dan simpati kepada pesakit ke?”

Netizen
Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini
Sumber : Twitter @avenfauzi

Doktor tetap putar belit cerita pada pihak media

Dalam satu ciapan berasingan, Aven turut menyertakan bukti bergambar di mana pengarah hospital bersama doktor tetap itu memberikan kenyataan songsang kepada pihak media dan mengatakan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sambutan di Hospital Tawau. Lebih menjijikkan, mereka mendakwa diri mereka adalah golongan yang tertindas sedangkan mereka lah golongan yang menindas hak doktor kontrak yang dilarang menyuarakan tuntutan mereka.

Berpakat Untuk Tangkap Jika Teruskan Hartal, Netizen Jijik Dengan Tindakan Doktor Tetap Di Tawau Ini
Sumber : Twitter @avenfauzi

Hakikat kerjaya doktor di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, graduan kedoktoran Malaysia sama ada dari dalam mahupun luar negara wajib menjalankan latihan siswazah “houseman officer” (HO) di hospital kerajaan di bawah Kementerian Kerajaan Malaysia selama 2 tahun sebelum mereka layak untuk meneruskan kepakaran dalam disiplin yang dipilih. Dalam tempoh ini, HO perlu menjalani praktikal dalam 6 disiplin utama iaitu perubatan, pembedahan, ortopedik, kanak-kanak, wanita, dan kecemasan.

Walau bagaimanapun, sejak tahun 2016, kesemua graduan kedoktoran yang baru tamat belajar hanya diberikan jawatan secara kontrak dan bukannya tetap seperti kebiasaan tahun sebelumnya. Seseorang doktor memerlukan masa sekurang-kurangnya 8 hingga 9 tahun untuk menjadi pakar kesihatan sedangkan tempoh kontrak yang ditawarkan hanya 5 tahun sahaja.

Kira-kira 23,000 doktor kontrak di seluruh Malaysia terhalang untuk mendapatkan kepakaran.

Kredit : FMT

Jadi, apa keburukan jika graduan kedoktoran di Malaysia terus diberi jawatan kontrak?

  1. Tempoh kontrak terlalu pendek (5 tahun)
  2. Tidak layak memasuki Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), program khas untuk doktor menyambung pengajian ke peringkat Sarjana bagi memperolehi kepakaran spesifik dan menjadi pakar kesihatan
  3. Kekurangan waktu untuk melengkapkan kepakaran
  4. Terdedah kepada budaya buli dalam sistem kesihatan
  5. Kepenatan melampau
  6. Tiada cuti sakit/cuti kecemasan
  7. Tiada perlindungan kebajikan
  8. Masa depan tidak terjamin kerana tiada kepakaran dalam bidang perubatan
  9. Kemungkinan ditamatkan serta merta
  10. Mencari peluang pekerjaan sebagai doktor di luar negara
  11. Perpindahan graduan perubatan ke bidang bukan klinikal

Bagi mengelakkan sistem kesihatan di Malaysia mengalami kesan buruk di masa akan datang seperti kekurangan doktor pakar, kemunduran mahupun keruntuhan sistem kesihatan, marilah kita bersama-sama menyokong perjuangan solidariti para doktor kontrak ini bagi memastikan mereka mendapat keadilan dalam kerjaya mereka yang mulia ini.

‘Doktor’ ini pula lain ceritanya. Rangkuman lanjut dalam artikel berikut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] - 'Aku Sik Cayak Kebun Tok Nang Kacak Viewnya', Video Budak Ini Buat Netizen Terhibur [VIDEO] – ‘Aku Sik Cayak Kebun Tok Nang Kacak Viewnya’, Video Budak Ini Buat Netizen Terhibur
Next Article Disyaki Terlibat Kegiatan Penyalahgunaan Dadah, Anggota Polis Berpangkat Lans Koperal Ditangkap Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?