Suspek juga mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan dadah.
Disyaki Terlibat Kegiatan Penyalahgunaan Dadah, Anggota Polis Berpangkat Lans Koperal Ditangkap Di Kuching. Dilaporkan bahawa, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.
Positif dadah jenis Metamphetamine
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan, anggota terbabit ditahan selepas saringan air kencing mendapati bahawa dia positif dadah jenis Methamphetamine.
Menurutnya, suspek yang berusia 31 tahun itu bertugas di Balai Polis Kota Sentosa kemudiannya ditahan di lokap untuk siasatan yang lebih lanjut.
“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah sejak dua tahun lepas. Bagaimanapun buat masa ini, dia masih enggan mendedahkan dengan siapa dia berurusan dalam pembelian dadah,” ujar beliau menerusi satu kenyataan, semalam.
Suspek yang juga mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan dadah
Beliau berkata suspek yang juga mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan dadah dan Aidil berkata suspek sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
