• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan

Oleh
ILB - AI
28 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan

Lelaki warga Malaysia itu telah dijatuhi hukuman penjara 40 bulan di Singapura

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan. Seorang lelaki warga Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara 40 bulan di Singapura apabila didapati bersalah menipu 35 wanita untuk menghantar gambar dan video bahagian sulit mereka.

Ooi Chuen Wei, 37 tahun, berjaya menipu mangsa-mangsanya dengan berpura-pura menjadi seorang pakar sakit puan dari sebuah hospital swasta di Singapura, menjalankan modus operandinya selama 5 tahun.

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan
Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan

Mencipta akaun palsu di Facebook

Menurut laporan, Ooi mencipta sebuah akaun palsu di Facebook menggunakan nama ‘Dr Janice Lee Yan Hooi’ dari ‘Gleneagles Medical Singapore’ pada tahun 2016. Dia turut menggunakan gambar rawak seorang wanita Malaysia sebagai gambar profilenya.

Bagi menjadikan akaun palsu tersebut kelihatan lebih sah, Ooi menambah rakan Facebook lelaki dan perempuan serta mencipta akaun palsu di Instagram dan LinkedIn dengan menggunakan nama yang sama.

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan
Gambar sekadar hiasan.

Dia kemudian akan menghantar mesej kepada mangsa setelah mengenal pasti mangsa wanita untuk disasarkan, memperkenalkan dirinya sebagai Dr Lee dan menawarkan untuk berkongsi pelan perubatan bagi kesihatan payudara dan seksual serta konsultasi bulanan. Dia juga mendakwa pelan tersebut telah diluluska oleh “Gleneagles Medical Centre”.

Apabila mangsanya bersetuju dengan pelan tersebut, Ooi akan menghantar arahan langkah demi langkah tentang cara mengurut payudara dan bahagian sulit mereka, kemudian meminta mereka menghantar video mereka berbuat demikian.

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan
Gambar sekadar hiasan.

Menurutnya, video tersebut membolehkannya mendiagnosis sebarang masalah kesihatan dan boleh menyediakan pelan rawatan kepada mangsa.

Bagi mengelak mangsa mengesyaki apa-apa, Ooi akan mengelak daripada bercakap dengan mangsa agar mangsa akan kekal percaya bahawa dia adalah seorang wanita.

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan
Gambar sekadar hiasan.

Antara tahun 2018 – 2021, 35 mangsanya telah dilaporkan menghantar sejumlah 919 gambar dan video kepada Ooi, di mana kesemuanya akan dimuat turun untuk disimpan.

Sementara itu, Ooi telah cuba menipu tujuh lagi mangsa namun tidak berjaya.

Penipuannya terbongkar apabila salah seorang mangsanya menjadi curiga

Penipuan Ooi terbongkar apabila salah seorang mangsanya menjadi curiga pada tahun 2021. Mangsa terbabit menjalankan siasatannya sendiri dan mendapati bahawa tiada sesiapa bernama ‘Dr Janice Lee Yan Hooi’ yang bekerja di hospital Gleneages.

Sebuah laporan polis telah dibuat dan menyebabkan Ooi ditahan pada 11 November 2021.

Berpura-Pura Jadi Doktor Dan Minta Gambar Bogel Wanita, Lelaki Ini Dipenjara 40 Bulan
Ooi mendakwa diri sebagai seorang ‘doktor wanita’ untuk memperdaya mangsa menghantar video dan gambar bogel mereka kepadanya. Kredit: The Straits Times

Semasa siasatan, Ooi mengakui bahawa dia tahu mangsa akan berasa cemas dan malu jika mereka mengetahui dia bukan doktor wanita.

Semasa dijatuhkan hukuman pula, hakim mendapati bahawa terdapat bilangan mangsa yang tinggi yang terlibat dan kesalahan berlaku dalam tempoh yang lama.

Bagi menipu kerana menyamar, pesalah boleh dipenjara sehingga 15 tahun, denda atau kedua-duanya sekali dalam undang-undang Singapura.

Ooi mengaku bersalah atas enam pertuduhan menyamar manakala lima belas pertuduhan serupa telah diambil kira.

Lagi di sini:

Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip ‘Duit Terbang’ Berjumlah RM 12K
Niat Nak Tolong, Anak Lelaki Ini Cuci MacBook Selepas Mendengar Ia Ada ‘Banyak Sampah’
SUMBER :THE STRAITS TIMES
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dapat RM250K Sekelip Mata, Individu Dari Sibu Ini Bertuah Menang Hadiah Toto Dapat RM250K Sekelip Mata, Individu Dari Sibu Ini Bertuah Menang Hadiah Toto 4D
Next Article Minuman Isotonik Mampu Rawat Demam Atau Hanya Mitos? Ini Jawapan Doktor

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?