• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bersubahat Tuntut Bayaran Guna Dokumen Palsu, Guru Besar Dan Kontraktor Didakwa Di Sabah

Oleh
Aina Musa
22 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bersubahat Tuntut Bayaran Guna Dokumen Palsu, Guru Besar Dan Kontraktor Didakwa Di Sabah

Padah palsukan dokumen

Bersubahat Tuntut Bayaran Guna Dokumen Palsu, Guru Besar Dan Kontraktor Didakwa Di Sabah. Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pitas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran pembekalan alatan keperluan sekolah berjumlah RM9,667, empat tahun lepas.

Tertuduh, Abd Rasad Sadikir @ Sadikil, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Bersubahat Tuntut Bayaran Guna Dokumen Palsu, Guru Besar Dan Kontraktor Didakwa Di Sabah. Sumber: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu nota minta bagi mendapatkan pembayaran bekalan peralatan bimbingan kaunseling, peralatan kertas ujian sekolah, peralatan pusat sumber sekolah dan peralatan pejabat sekolah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat am di Sekolah Kebangsaan Manggis/Mangkubou, Pitas antara Oktober hingga Disember 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi empat pertuduhan bersubahat, Abd Rasad didakwa bersubahat dengan membantu kontraktor Rasnah Majuan, 48, mengemukakan dokumen palsu iaitu pesanan sekolah dan invois Syarikat Pemborong Bina Dana berjumlah RM9,667 untuk menipu bagi tujuan mendapatkan pembayaran.

Kesalahan mengikut Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 471 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama itu dilakukan di lokasi sama, sekitar November hingga Disember 2018.

Sementara itu, Rasnah turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mengikut seksyen sama kerana bersubahat mengemukakan dokumen palsu berkenaan bersama Abd Rasad.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rekhraj Singh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasionalisasi Subsidi Diesel Hanya Untuk Semenanjung, Sabah Sarawak Terkecuali
Next Article Andreana Celly, Ratu Cantik Pertama Dari Sarawak Memenangi Miss Supranational Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?