• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guna Dokumen Palsu Untuk Tukar Agama, Suri Rumah Didenda RM8000 Di Sabah

Oleh
Farisha
23 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Rela menggunakan dokumen palsu demi mohon tukar agama Islam kepada Kristian

Guna Dokumen Palsu Untuk Tukar Agama, Suri Rumah Didenda RM8000 Di Sabah. Seorang suri rumah didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana menyerahkan perintah palsu Mahkamah Tinggi Syariah untuk permohonannya menukar agama daripada Islam kepada Kristian.

Majistret Lovely Natasha Charles memerintahkan wanita tersebut atau dikenali sebagai Nur Sarimah Subuka dipenjarakan selama 18 bulan jika gagal membayar denda. Difahamkan Nur Sarimah, 23 tahun, telah membayar dendanya pada hari yang sama.

Guna Dokumen Palsu Untuk Tukar Agama, Suri Rumah Didenda RM8000 Di Sabah
Guna Dokumen Palsu Untuk Tukar Agama, Suri Rumah Didenda RM8000 Di Sabah. Sumber: mykhilafah

Menyerahkan dokumen palsu kerana seseorang memberitahunya permohonan akan berjaya jika Sarimah membayarnya

Mahkamah dimaklumkan bahawa Nur Sarimah pergi ke Bahagian Kad Pengenalan JPN Kota Kinabalu untuk menukar status agama dan namanya. Dia mengemukakan dokumen sokongan seperti MyKad, sijil kelahiran, borang JPN, dan perintah palsu.

JPN Putrajaya mendapati wanita tersebut menyerahkan dokumen palsu iaitu surat perintah palsu itu. Laporan polis dibuat dan siasatan dijalankan. Nur Sarimah mengaku bersalah di kaunter JPN pada 12 September 2022.

Lim menjelaskan bahawa Nur Sarimah memberitahunya bahawa dia diberitahu oleh seorang penghantar bahawa permohonan akan berjaya asalkan ada pembayaran sebagai balasan untuk menukar kepercayaannya.

Mohon hukuman diringankan

Dalam pengringan, peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence mewakili Nur Sarimah dan memohon hukuman bukan pemenjaraan serta denda yang sewajarnya.

Lim menambah bahawa Nur Sarimah terlibat dalam kes ini dua tahun lalu tetapi masih datang ke mahkamah dan mengaku bersalah untuk menjimatkan masa mahkamah.

Menukar agamanya kerana dibesarkan oleh ibunya yang berlatarbelakangkan agama Kristian

Peguam mendedahkan bahawa tertuduh ingin menukar agamanya kepada Kristian kerana dibesarkan dalam keluarga yang ‘broken’. Tertuduh mendakwa bapanya telah meninggalkan keluarga dan beliau hanya dibesarkan oleh ibunya sahaja, yang mempunyai latar belakang agama Kristian.

Sebagai tindak balas, pendakwaan mendesak mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa walaupun tertuduh telah mengaku bersalah, namun masih penting untuk mengingati bahawa tindakannya mempunyai implikasi serius terhadap integriti sistem perundangan dan kepercayaan orang awam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bapa Islam Tak Bantah Anak Remaja Tukar Agama Kepada Buddha
Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching Isteri Didenda RM900 Tampar Wanita Disyaki Ada Skandal Dengan Suami Di Kuching
Next Article AirAsia Kini Tawar Penerbangan Pertama ‘Direct’ Dari Kota Kinabalu Ke Shanghai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?