• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu

Oleh
ILB - AI
14 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Khas untuk peminat dunia animasi, A.G.E Convention 3.0 akan diadakan di Sibu, tarikan tahun baru

Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu. Nak hujung tahun ini pasti ramai yang merancang percutian sebelum menempuh tahun baru 2023 yang dijangka akan semakin mencabar. Bahkan, ada yang mahu menyambut sambutan tahun baru dengan pelbagai pilihan aktiviti.

Dalam perancangan pasti pelbagai aktiviti dan destinasi dipilih untuk menyambut tahun baru, bukan? Apa kata luang juga masa anda untuk mengunjungi A.G.E Convention 3.0 di Sibu yang akan diadakan bermula pada 26 Disember ini terutamanya bagi yang meminati dunia animasi.

Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu
Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu. Sumber gambar: Age Convention

Bertemakan World Of Manga, mula pada 26 Disember seawal jam 11 pagi, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti dengan tiket serendah RM15 sehingga RM30

Bertemakan World Of Manga, konvensyen ini akan diadakan di Pusat Sivik Sibu atau Dewan Suarah Sibu. Bukan itu sahaja, konvensyen ini juga akan berlangsung dari 26 Disember 2022 sehingga 4 Januari 2023 dan mula beroperasi seawal jam 11 pagi sehingga 10 malam.

Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu
Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu. Sumber gambar: Age Convention

Hanya mengenakan tiket kemasukan sebanyak RM30 untuk orang dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak berusia bawah 13 tahun, para pengunjung pasti puas menikmati kunjungan mereka kerana pelbagai aktiviti akan dianjurkan seperti ada permainan, persembahan dan beberapa pameran.

Arca model koleksi watak animasi dan mural 3D mudah alih pertama di Malaysia jadi tarikan utama

Dalam konvensyen ini juga, pelbagai arca yang dianggap model koleksi watak animasi dan mural 3D akan dipamerkan. Untuk arca, pameran ini bukan sekadar pameran model watak animasi semata tetapi bertujuan juga untuk mengubah persepsi orang awam terhadap model ini hanya sebatas mainan untuk kanak-kanak.

Dengan usaha dan kreatifnya orang moden, model ini telah menjadi hasil seni yang berharga sehingga mencecah RM300,000. Malah, terdapat lebih daripada 50 model akan dipamerkan.

Seterusnya untuk pameran mural 3D pula, ini merupakan pameran mural 3D mudah alih yang pertama di Malaysia. Untuk pameran mural ini, tema kartun Jepun dan Amerika adalah menjadi pilihan utama. Dijanjikan pengalaman yang menakjubkan kepada pengunjung kerana mereka boleh menonton seolah-olah mereka juga berada di dalam dunia animasi tersebut.

Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu
Sumber gambar: FB Info Sibu

Tidak ketinggalan juga, aktiviti yang tidak asing untuk sesuatu acara bertemakan animasi iaitu cosplay. Memperagakan pakaian animasi-animasi yang sangat memukau juga ada di dalam konvensyen ini.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh beli tiket kemasukan anda di http://ageconvention.com kerana anda boleh mendapat harga istimewa iaitu harga ”early bird” sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang anda.

Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu
Sumber gambar: Age Convention

Boleh baca artikel menarik yang lain dibawah untuk memudahkan anda membuat pilihan destinasi melancong anda kelak:

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Tidak Jauh Dari Kuching, Borneo Tribal Village Ini Tawar Penginapan Tenang Untuk Anda
SUMBER :Age ConventionFB Info Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Next Article TRIVIA PRU: Ketahui Berapa Kerusi Untuk Menang Bagi Membentuk Kerajaan TRIVIA PRU: Ketahui Berapa Kerusi Untuk Menang Bagi Membentuk Kerajaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?