• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik

Oleh
Husna Hazmi
14 November 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Pengalaman indah penuh cabaran yang tidak boleh dilupakan!

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik. Kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya, Sarawak merupakan destinasi pelancongan unik dan menarik di Malaysia. Sarawak juga adalah di mana tempat yang banyak hidden gem yang indah antaranya ialah, Batang Ai.

Isi Isi Penting
  • Sarawak Product Experience bersama Sarawak Tourism Board
  • Sempat singgah ke Pasar Lachau
  • Penduduk rumah panjang yang mesra
  • Dihidangkan menu lazat
  • Main highlight of this trip!
  • Belajar menyumpit

Jika anda pernah mendengar tentang Batang Ai, sudah pasti anda boleh membayangkan tasik luas dikelilingi rimbunan flora yang bagaikan Amazon. Tetapi tahukah anda, di Batang Ai ini terdapat antara rumah panjang tertua dan autentik di sini yang merupakan tempat tinggal kepada kaum etnik terbesar di Sarawak, iaitu Kaum Iban?

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik. Sumber foto: I Love Borneo

Sarawak Product Experience bersama Sarawak Tourism Board

Mengikuti trip Sarawak Tourism Board bagi program Sarawak Product Experience (SPE) menerokai Nanga Ukom Longhouse di Batang Ai pada 2 November hingga 4 November lepas, pihak kami telah merasai pengalaman unik menginap di rumah panjang asli di Sarawak.

Berangkat daripada Bandaraya Kuching, kami menaiki bas untuk ke Batang Ai, Sri Aman dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dengan keadaan jalan yang sudah bertambah baik, perjalanan kami lancar sahaja.

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo
Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo

Sempat singgah ke Pasar Lachau

Dalam perjalanan, kami sempat singgah ke Pasar Lachau di mana mereka ada menjual pelbagai hasil menarik seperti buah kristal, buah mata kucing, buah kepayang, pelbagai jenis ikan masin unik, buah engkalak, terung asam, aneka jenis snek tradisional, bermacam-maam jenis hasil kraftangan Sarawak dan banyak lagi.

Setelah singgah ke Pasar Lachau, kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Batang Ai, Sri Aman dan menaiki bot untuk ke Nanga Ukom Longhouse. Bagi anda yang belum pernah menjejak kaki ke Batang Ai, anda pasti akan terpegun dengan keindahan tasik luas buatan manusia ini. Airnya yang berwarna kehijauan biru seperti lukisan potret, akan membuat mata anda tidak letih melihatnya.

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo
Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo

Penduduk rumah panjang yang mesra

Selepas merentasi tasik selama satu jam, ketibaan kami disambut mesra oleh penghuni Nanga Ukom Longhouse tersebut. Terdapat 36 buah rumah dan 161 orang jumlah penduduk di Nanga Ukom Longhouse ini. Untuk pengetahuan, di rumah panjang ini, elektrik adalah dibekalkan dengan menggunakan generator bermula daripada lebih kurang jam 6.00 petang sehingga 11.30 malam.

Penduduk rumah panjang yang sangat ramah mengalu-alukan kedatangan kami membuatkan kami berasa lebih selesa dan tidak sabar untuk menlanjutkan progam ini. Aktiviti dimulakan dengan melihat pelbagai jenis hasil kraftangan unik dan berwarna-warni, dibuat sendiri (handmade) oleh penduduk rumah panjang. Antara produk kraftangan tersebut ialah, gelang, keychain, rantai, beg tangan dan banyak lagi.

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo
Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo

Dihidangkan menu lazat

Setelah menerokai rumah panjang tersebut, kami dihidangkan menu lazat seperti, ayam pansuh (dimasak oleh kumpulan kami sendiri dengan bantuan penduduk di situ) pelbagai jenis masakan sayur yang lazat, udang dan lain-lain. Pada sebelah malam, kami pula dipersembahkan dengan tarian tradisional Iban di Nanga Ukom Longhouse ini sendiri.

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo
Sumber foto: I Love Borneo

Main highlight of this trip!

Pada keesokan harinya, kami memulakan pengembaraan kami dengan aktiviti hiking ke air terjun Wong Perabong di mana kami menempuhi hutan sekunder dengan tahap kesukaran perjalanan tahap sederhana. Setibanya kami di air terjun Wong Perabong yang menakjubkan ini, kami melegakan lelah kami dengan makan bersama-sama penduduk di rumah panjang berkenaan di tepi sungai berdekatan. Pelbagai menu lazat yang disediakan seperti, nasi dalam buluh, pansuh ayam, bbq, nanas, ikan pansuh dan aneka sayur-sayuran.

Selepas penat meredah hutan mencari air terjun, kami balik ke rumah panjang dengan menaiki bot. Walaupun perjalanan balik kami diduga dengan hujan lebat, kami semua telah selamat sampai kembali ke rumah panjang.

Rumah Panjang Autentik Sarawak, Nanga Ukom Longhouse Ini Jadi Destinasi Pelancongan Unik
Sumber foto: I Love Borneo

Belajar menyumpit

Aktiviti kami yang terakhir adalah mencuba sumpit yang diperbuat daripada pokok rasmi negeri Sarawak iatu Belian (Borneo Ironwood) dan juga kami sempat melihat cara pemprosesan air tuak yang merupakan minuman alkohol masyarakat Iban.

Semakin jauh dari bandar, semakin banyak pengalaman tradisional yang anda kita pelajari dan peroleh. Begitu juga dengan tahap keselesaan, lebih jauh lokasi rumah panjang, keselesaan dan kemudahan juga adalah yang asa sahaja kerana kekangan akses yang menyukarkan untuk membawa masuk peralatan rumah dan kediaman moden selesa.

Jadi, kalau anda ingin merasai pengembaraan menyeronokkan dan unik di Sarawak anda boleh menempah percutian 3 hari 2 malam ke Nanga Ukom Longhouse, Batang Ai di laman Sarawak Travel.

Baca lagi pengalaman menarik percutian kami bersama pihak Tourism Malaysia di sini:

Ada Burung Enggang, Rafflesia, Pokok Belian, Terokai Hutan Royal Belum Perak Yang Berusia 130 Juta Tahun
Catatan Ke Kuala Selangor Dari Kaca Mata Anak Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Rosakkan Bendera Dan Poster Calon PRU, Seorang Lelaki Ditangkap Di Kuching Padah Rosakkan Bendera Dan Poster Calon PRU, Seorang Lelaki Ditangkap Di Kuching
Next Article Bertema World Of Manga, Konvensyen Animasi A.G.E Jadi Tarikan Sambut Tahun Baru Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?