• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Bertemakan Sate Madura, Tak Berkelip Mata Tengok Kostum Ratu Cantik Indonesia Yang Ekstra Ini

Oleh
Husna Hazmi
26 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Cantikkan kostum bertemakan Sate ayam madura ini?

Bertemakan Sate Madura, Tak Berkelip Mata Tengok Kostum Ratu Cantik Indonesia Yang Ekstra Ini. Semakin hari, semakin mengelirukan dunia fesyen pada masa kini. Namun, when it comes to fashion there’s no right and wrong kan? Menggunakan tema makanan, kontestan ratu cantik daripada Indonesia ini memperagakan kostum bertemakan Sate!

Isi Isi Penting
  • Cantikkan kostum bertemakan Sate ayam madura ini?
  • Kostum unik ini direka khas oleh pasukan di sebalik Jember Fashion Carnival
  • Bertemakan “make a stand for the betterment of humanity“
  • Pertandingan pada tahun ini terpaksa ditangguhkan

Ratu Cantik Aurra Kharishma menggayakan kostum bertemakan Sate ini di pertandingan Miss Grand International 2020 yang berlangsung pada 24 Mac 2021 lalu. Kostum sate ini sebenarnya diinspirasikan daripada sate madura iaitu sate ayam yang berasal daripada Pulau Madura dari Jawa Timur.

View this post on Instagram

A post shared by Aurra Kharishma (@aurrakharishma)

Kostum unik ini direka khas oleh pasukan di sebalik Jember Fashion Carnival

Kostum unik ini direka khas oleh pasukan di sebalik Jember Fashion Carnival yang merupakan pengatur acara fesyen tahunan yang diadakan di Kota Jember, Jawa Timur.

Walaupun peminat Aurra sejak itu telah mengundi pakaiannya sebagai salah satu kegemaran mereka, masih belum diketahui berapa banyak faktor yang akan dimainkan oleh kostum ini dalam membantu Kharishma untuk mara ke pusingan terakhir pertandingan yang sedang berlangsung di Bangkok itu.

📌 Congratulations to Top 10 Best in National Costume Miss Grand International 2020.📍The five countries that came from…

Posted by Miss Grand International on Thursday, March 25, 2021

Bertemakan “make a stand for the betterment of humanity“

Pertandingan Miss Grand International ini sebenarnya adalah bertemakan “make a stand for the betterment of humanity” dengan mempromosikan kesedaran untuk menghentikan perang dunia dan keganasan.

Sejak tahun 2013, pertandingan ratu cantik ini telah memperoleh lapan pemenang termasuk Indonesia, yang pernah memenangi mahkota sekali pada tahun 2016, dan sejauh ini merupakan satu-satunya negara Asia yang pernah memenangi pertandingan tersebut.

Bertemakan Sate Madura, Tak Berkelip Mata Tengok Kostum Ratu Cantik Indonesia Yang Ekstra Ini

Pertandingan pada tahun ini terpaksa ditangguhkan

Pertandingan pada tahun ini terpaksa ditangguhkan dari tarikh asalnya pada akhir 2020, dianjurkan secara maya serta final pertandingan ini akan berlangsung pada 27 Mac 2021. Kharishma pula akan menjadi salah seorang daripada 63 peserta yang akan merebut takhta the next Miss Grand International 2020.

Perkara ini sebenarnya tidak asing lagi kerana pada tahun 2017, Miss Universe Malaysia yang ketika itu Samantha Katie James, dengan beraninya memakai gaun bertemakan Nasi Lemak semasa segmen kostum pertandingan nasional. Walaupun tidak menang, James tetap menjadi berita utama di Malaysia a kerana tema dan reka bentuk pakaiannya yang amat unik itu!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda
Next Article TERKINI: PKPB Di Sarawak Akan Dilanjutkan Sehingga 12 April, 2 Kluster Baharu Dilaporkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?