• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda

Oleh
ILB - AI
26 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda

Ketahui hacks ini untuk memudahkan pembersihan anda!

Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda. Jika ia sudah tiba masanya untuk membuat pembersihan secara dalaman di rumah anda, anda pasti perlu menyediakan beberapa bahan seperti pencuci, sabun, dan peralatan pembersih lain.

Isi Isi Penting
  • Ketahui hacks ini untuk memudahkan pembersihan anda!
  • Bersihkan kipas siling dengan sarung bantal
  • Bersihkan Blender dengan mengadun sabun dan air
  • Baking soda adalah kawan terbaik anda
  • Longkang tersumbat? Anda hanya memerlukan cuka, baking soda dan air panas
  • Tanggalkan bulu haiwan peliharaan dengan sarung tangan getah

Namun, tak semua orang ada the luxury of time untuk diluangkan ketika membersih rumah. Sekiranya anda hanya ada masa terhad (atau anda hanya mahu melakukannya dengan cepat tanpa memerlukan masa yang lama untuk membersihkannya), berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk anda!

Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda

Bersihkan kipas siling dengan sarung bantal

Daripada menggunakan kain untuk membersihkan kipas siling anda (yang biasanya mengakibatkan debu jatuh ke perabot dan lantai anda), anda boleh menggunakan sarung bantal anda untuk membersihkan kipas siling itu.

Sarungkan di antara bilah kipas dan sapu satu demi satu.

Kredit: YouTube

Bersihkan Blender dengan mengadun sabun dan air

Isikan blender anda dengan air suam dan pencuci pinggan. Hidupkan dan biarkan selama beberapa saat. Kemudian bilas dengan air suam.

@feelgoodfoodie

How to clean your blender without ever touching the blades! #learnontiktok #tiktokpartner #kitchentips

♬ original sound – Feel Good Foodie

Baking soda adalah kawan terbaik anda

Tuangkan secawan baking soda dalam cucian anda dan pakaian anda akan keluar lebih cerah dan bersih.

Selain untuk cucian pakaian, baking soda juga boleh digunakan untuk membersih seterika dan bertindak sebagai pelembut semula jadi. Kredit: The Spruce

Baking soda juga boleh digunakan untuk membersih perabot fabrik dengan membantu menghilangkau bau yang berlarutan.

Sapu permukaan sofa, kemudian taburkan baking soda di kawasan yang ingin anda bersihkan. Biarkan selama sekitar 20 minit, kemudian vakum taburan tersebut.

Taburkan baking soda atas perabot anda seperti ini dan tunggu 20 minit sebelum vacuum. Kredit: Pinterest

Anda boleh juga menggunakan kaedah sama untuk kasut anda agar kasut anda sentiasa bau segar.

Taburkan baking soda ke dalam kasut anda dan biarkan sehingga anda ingin menggunakan kasut anda lagi. Kredit: The Family Handyman

Sebelum anda menggunakan kasut anda setelah menaburkan baking soda itu, pastikan untuk menyingkirkan baking soda dari kasut agar kaki anda tak sentiasa ‘meraba-raba’ baking soda lebihan dalam kasut anda.

Longkang tersumbat? Anda hanya memerlukan cuka, baking soda dan air panas

Tak perlu beli produk pembersih yang mahal tu. Anda hanya perlukan cuka, baking soda dan air panas untuk menyelesaikan masalah longkang tersumbat.

Tonton video berikut untuk melihat caranya:

Tanggalkan bulu haiwan peliharaan dengan sarung tangan getah

Sekiranya anda memiliki haiwan peliharaan, terutamanya anjing atau kucing, anda mungkin sudah biasa melihat bulu mereka di sekitar rumah.

Jika vakum anda tidak dapat menyedut semua bulu haiwan peliharaan kesayangan anda, gunakan sarung tangan getah. Geser sahaja dan gosok ke kawasan yang memerlukan pembersihan tambahan.

Hal ini kerana apabila getah digesel ke atas kain, ia dapat menghasilkan keanjalan untuk mengumpulkan bulu haiwan peliharaan yang tersisa. Bilas sarung tangan di bawah air yang mengalir setelah selesai dan bulu terbabit tidak akan melekat.

Kredit: Apartment Therapy

Baca lagi hacks mengenai pembersihan di bawah:

Barang yang wajib ada dalam beg anda:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah
Next Article Bertemakan Sate Madura, Tak Berkelip Mata Tengok Kostum Ratu Cantik Indonesia Yang Ekstra Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?