• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berusia 174 Tahun, Ketahui Sekolah Tertua Penuh Sejarah Di Sarawak St.Mary

Oleh
Husna Hazmi
29 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Once A Marian, Always A Marian.

Berusia 174 Tahun, Ketahui Sekolah Tertua Penuh Sejarah Di Sarawak St.Mary. Merupakan sekolah tertua di Sarawak dan memegang pelbagai sejarah sejak zaman British, sekolah St. Mary kini sudah berusia 174 tahun (ulang tahun St.Mary pada 25 Mac 1848).

Merupakan ‘All Girls School’ atau sekolah di mana pelajarnya semua perempuan, St. Mary yang terletak di tengah Bandaraya Kuching ini diasaskan oleh Mubaligh Kristian Anglikan dari England dengan bantuan daripada James Brooke pada tahun 1840-an. Usaha dan sumbangan mereka ini telah menjadikan sekolah St. Mary dan juga St. Thomas terkenal di Sarawak sehingga ke hari ini.

Berusia 174 Tahun, Ketahui Sekolah Tertua Penuh Sejarah Di Sarawak St.Mary
Berusia 174 Tahun, Ketahui Sekolah Tertua Penuh Sejarah Di Sarawak St.Mary

Merupakan sekolah campur pada awalnya

Pada awalnya, St.Mary merupakan sekolah campur pelajar lelaki dan juga perempuan dan apabila siapnya bangunan sekolah St. Thomas pada tahun 1887, St. Mary menjadi sekolah untuk pelajar perempuan sehingga kini.

Pada tahun 1952, St. Mary telah membahagikan sekolah mereka kepada Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah. St. Mary sejak awal lagi merupakan sekolah berprestasi bai di dalam akedemik dan juga kokurikulum.

Bukan sahaja dikenali sebagai salah sebuah sekolah pengajaran Bahasa Inggeris terbaik di seluruh Sarawak, tetapi sekolah ini juga terkenal dengan penyertaan pelajar yang memuaskan di dalam pertandinga Koir, Dikir Barat, Caklempong dan juga Choral Speaking!

Berusia 174 Tahun, Ketahui Sekolah Tertua Penuh Sejarah Di Sarawak St.Mary

Pelajar dilatih menjadi wanita berpendidikan

Dilatih menjadi wanita berpendidikan dengan peribadi, perwatakan dan nilai murni yang indah, pelajar dan juga bekas pelajar sekolah ini menggelarkan diri mereka Marians.

Selain itu, pelajar di sini juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama justeru membuatkan perpaduan di antara pelajar lebih utuh. Sebagai contoh apabila sambutan Hari Malaysia, anda akan melihat pelajar serta gurunya sekali memakai pelbagai jenis pakaian tradisional kaum masing-masing menyambut hari berkenaan dengan penuh semangat patriotisme.

Dengan ungkapan terkenal sekolah ini, ‘Once A Marian, Always A Marian‘ yang menggambarkan semangat perpaduan bagi setiap pelajar, St.Mary merupakan sekolah berprestij dan penuh sejarah di Sarawak.

SUMBER :FB TritoBit Talent
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Promosi Kaw-kaw, Air Asia Lancar Tambang Murah RM 21 Ke Kuching Dan KK Siap Pakej 'Free Meals' Promosi Kaw-kaw, Air Asia Lancar Tambang Murah RM 21 Ke Kuching Dan KK Siap Pakej ‘Free Meals’
Next Article Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?