I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual

Oleh Husna Hazmi 29 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Penceramah bebas mengaku tidak bersalah.

Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual. Dilaporkan, seorang penceramah bebas telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada hari ini atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara bulan Jun 2021 dan Februari lepas.

Muhammad Fathi Na’im Mazlam berusia 30 tahun, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual
Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual. Kredit gambar: Utusan Borneo

Mempunyai 3 isteri dan lapan orang anak

Berdasarkan pertuduhan, suami kepada tiga isteri itu didakwa terhadap tujuh pertuduhan merogol dan masing-masing satu bagi pertuduhan melakukan amang seksual serta hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di hadapan surau dan di parkir Dataran Eco World selain dalam sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam, antara Jun 2021 dan Februari lepas.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa kepada lapan orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek pula, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual

Menawarkan ikat jamin RM10,000

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ku Hayati Ku Haron yang juga merupakan Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Saya juga memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh dilarang mendekati dan menghubungi mangsa dalam kes ini,” kata beliau yang turut dibantu TPR Aqharie Durranie dan TPR Nurul ‘Izzati Mohamad.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Samry Masri merayu kepada mahkamah agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah iaitu mengikut kes dan bukan mengikut pertuduhan yang dituduh dengan alasan lelaki itu adalah penanggung utama keluarga.

Sebelum ditangkap tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas kes ini tular, dia hilang punca pendapatan. Tertuduh juga mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun selain menanggung kedua-dua ibu bapa yang telah tua.

“Selain itu, tertuduh kini menghidapi sakit ‘slipped disc‘ dan sedang menjalani rawatan dari semasa ke semasa,” jelas beliau.

Syafeera kemudian membenarkan Muhammad Fathi Na’im diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 10 Januari tahun hadapan untuk sebutan semula kes.

SUMBER : BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berusia 174 Tahun, Ketahui Sekolah Tertua Penuh Sejarah Di Sarawak St.Mary
Next Article Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang ‘Cool’ Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?