• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo

Oleh
ILB - AI
10 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pemotongan kaki terawal.

Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo. Penemuan-penemuan artifak lampau sangat penting untuk para sejarawan, pengkaji mahupun beradaban manusia. Bahkan, ianya mampu menjadi bukti nyata tentang sesuatu perkara.

Terbaru, sesuatu sangat berharga terutamanya dalam bidang perubatan purba telah ditemui di Borneo. Penemuan yang melibatkan bidang perubatan ini adalah penemuan artifak tulang kaki yang telah dipotong dan ini telah membuktikan bahawa pembedahan melibatkan pemotongan kaki manusia terawal di dunia yang telah berjaya.

Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo
Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo. Sumber gambar: THE CONVERSATION


Penemuan berusia 31,000 tahun.

Penemuan tulang kaki ini menjadi penanda kejayaan perubatan purba kerana hasil penyelidikan melalui beberapa cara ianya membuktikan bahawa ianya berusia 31,000 tahun. Dengan usia artifak yang dapat ditentukan ini, banyak kejayaan yang mencengangkan untuk peradaban manusia.

Bahkan, penemuan ini telah mengesahkan bahawa tulang tersebut milik individu yang berasal dari Borneo juga.

Penemuan ini dari segi perubatan purba membuktikan bahawa zaman terdahulu juga telah berhasilkan melakukan sesuatu untuk mengelakkan jangkitan menjadi parah. Pembedahan ini turut memberi ruang kepada pesakit untuk menjalani hidup ke peringkat dewasa dan membuktikan juga perubatan purba pantas membuat pembedahan untuk merawat.

Bukan itu sahaja, perubahan untuk tisu pada tulang ini juga dapat diketahui iaitu dikenali sebagai ”bone remodelling”.

Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo

Proses penemuan bermula…

Penemuan ini bermula pada tahun 2018 dinama satu ekspedisi telah menemui batu berukir dan ini adalah diantara penemuan awal yang ditemui dan berusia 40,000 tahun. Pada tahun seterusnya pula, sekumpulan arkeologi dari Universiti Griffith, University Western Australia dan Institusi Arkeologi dan Konservatif Indonesia (Arkeologi, Bahasa dan Sastra, Pusat Riset Arkeometri BRIN / Balai Pelestarian Cagar Budaya Kalimantan Timur) turut memulakan ekspedisi.

Ekspedisi mereka turut dibantu orang Dayak setempat untuk mencari arah tuju yang tepat dan pada awal tahun 2020, mereka telah memulakan penggalian di gua Liang Tebo. Disini mereka telah menemui kubur orang lama yang lengkap dengan barang yang ditanam sekali.

Bukan itu sahaja, barangan yang ditemui juga memiliki warna merah yang menyerlah serta penemuan penanda untuk kubur ini. Bermula daripada penemuan inilah tulang kaki hasil pembedahan turut ditemui.

Dalam ekspedisi ini, pelbagai teknik telah digunakan untuk menentukan usia sesuatu penemuan seperti radiokarbon, uranium-serius dan electron-span-resonance. Penemuan ini juga telah membuktikan bahawa ianya adalah penemuan kubur terawal di Asia Tenggara.

Berusia Puluhan Ribu Tahun, Bukti Pembedahan Kaki Masa Lampau Ditemui Di Borneo

Ekspedisi arkeologi amatlah penting kerana tanpa usaha para arkeologi ini, kita mungkin kurang cakna dan tidak akan mengetahui tentang peradaban manusia dari zaman dahulu kala. Oleh itu, hargai setiap usaha mereka dari sekecil-kecil penemuan.

Boleh baca artikel berikut tentang penemuan-penemuan yang telah ditemui:

Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah
Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching
SUMBER :THE CONVERSATION
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penemuan Batu Kapur Berbentuk Kucing Bakal Jadi Tarikan Terbaru Di Gua Niah Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah
Next Article Alan Walker Tiba Di Kuching, Persembahan Yang Ditunggu Malam Kemuncak Borneo Music Festival

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?