• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching

Oleh
Nazihah AN
3 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching

Ianya bukanlah kali pertama artifak-artifak ini ditemui di Jalan Khoo Hun Yeang

Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching. Melalui LIVE Facebook Sarawak Edition, telah dilaporkan bahawa terdapat beberapa artifak ditemui di pekarangan Balai Polis Sentral semasa membuat kerja-kerja sistem kumbahan.

Ianya bukanlah kali pertama artifak ditemui di tempat ini. Sebelum ini pernah ditemui artifak yang dilaporkan kemungkinan dari zaman pengaruh Dinasti Qing, Indo-China dan Eropah. Penemuan artifak dilaporkan oleh pihak kontraktar ketika kerja-kerja pembinaan di lokasi itu.

Ianya mungkin mengambil masa untuk laporan penuh dari pihak Jabatan Muzium Sarawak

Artifak-artifak ini akan dibawa balik ke Jabatan Muzium Sarawak Untuk dianalisis sejarahnya dan pada tahun bila. Kajian arkeologi di atas tapak penemuan artifak ini mungkin akan mengambil masa dua atau tiga hari sebelum laporan penuh. 

Kebanyakan artifak yang ditemui dalam keadaan yang tidak lengkap seperti sudah pecah. Namun, ada beberapa artifak dan seramik ditemui dalam keadaan sempurna antaranya tembikar dan seramik seperti yang dilihat dalam LIVE tersebut.

Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching
Tangkapan layar dari LIVE FB Sarawak Edition

Tembikar Dalam Keadaan Sempurna, Lagi Artifak Dijumpai Di Pekarangan Balai Polis Sentral Kuching. Tangkapan layar dari LIVE FB Sarawak Edition

Inventori dan kesemua artifak tersebut bakal diklasifikasi secara terperinci berdasarkan pengaruh, reka bentuk dan warna. Berkemungkinan artifak-artifak yang baru ditemui ini bakal dipamerkan di Muzium Sarawak, namun bergantung kepada nilai artifak tersebut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran
Next Article Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?