• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berzikir Sambil ‘Bergoyang’, Cicit Jelas Itu Bukan Ajaran Tok Kenali

Oleh
ILB - AI
24 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Satu hantaran video viral mengenai sekumpulan lelaki berzikir dengan bergoyang

Berzikir Sambil Bergoyang, Cicit Jelas Itu Bukan Ajaran Tok Kenali. Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir diluar kebiasaan di kubur seorang tokoh ulama tersohor nusantara iaitu dikenali sebagai Tok Kenali.

Bagaimanapun, video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah diluar kebiasaan nilai-nilai Islam, memetik sumber.

Cicit Jelas Itu Bukan Ajaran Tok Kenali
Sumber: tiktok

Cicit kepada Tok Kenali menjelaskan perkara tersebut

Dalam pada itu, menurut laporan, cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz menjelaskan bahawa ajaran tersebut bukan daripada Tok Kenali, malah tiada kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuklah kerajaan negeri Kelantan.

“Saya mendapat maklum daripada orang yang merakam video itu mengatakan dia tidak mengetahui kumpulan itu datang dari mana. Cuma kalau tengok van, katanya van itu plat pendaftaran dari Thailand.

Berzikir Sambil Bergoyang, Cicit Jelas Itu Bukan Ajaran Tok Kenali

“Jadi wallahualam daripada mana (datang dari tempat mana). Kubur Tok Kenali ni, dia sentiasa terbuka untuk siapa-siapa sahaja, 24 jam sentiasa terbuka,” ujarnya menerusi hantaran video penjelasan di aplikasi Twitter dan TikTok.

“Tengah malam pun ada yang datang, jadi muslimin dan muslimat segala amalan yang dibuat dalam video tadi tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran Tok Kenali, dengan pondok Tok Kenali pun tak ada, dengan kerajaan negeri pun tak ada,” ujarnya lagi.

https://www.tiktok.com/@iskandarzam691/video/7270451456560385287?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7212548324585489922

Nasihatnya untuk selalu menjaga adab semasa di kawasan tersebut

Sementara itu, Hafiz turut memberi nasihat kepada orang ramai yang mahu berkunjung ke kubur ulama terkenal itu untuk menjaga adab dan akhlak ketika berada di kawasan tersebut.

“Sebab ini akan menjadi fitnah kepada masyarakat kita sekarang. Jadi kalu boleh jaga khususnya orang perempuan minta tolong jangan masuk dalam pagar.

Ada org kata video org berzikir terkinja-kinja tu bukan orang Kelantan buat. Tapi rombongan dari Thailand.

Okay skrg aku bagi video orang Kelantan tersohor (Ustaz Budak) pun buat zikir sambil terkinja² di kubur.

Persoalan utama, Jabatan Agama Islam Kelantan masih tidur ke? pic.twitter.com/ZdwR8xh8V5

— Zac (@ZacZakirin13) August 23, 2023

“Orang lelaki pun jangan buat perbuatan ataupun amalan-amalan yang khilafiah, amalan-amalan yang diluar pada uruf takut ia menjadi fitnah pada masyarakat,” katanya menurut sumber.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dakwa Nabi Muhammad Adalah Allah, Suami Isteri Sokong Ajaran ‘Si Hulk’ Buat Netizen Risau
Tular Di TikTok, Lelaki Makan Koko Krunch Bersama Kari Ayam Buat Netizen Pelik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecewa Beli Laksa Sarawak Basi, Lelaki Ini Beri Nasihat Buat Peniaga Tepi Jalan Kecewa Beli Laksa Sarawak Basi, Lelaki Ini Beri Nasihat Buat Peniaga Tepi Jalan
Next Article Mat Saleh Cuba Air 'Tuak', Ujar Harganya Mahal Mengundang Reaksi Netizen Mat Saleh Cuba Air ‘Tuak’, Ujar Harganya Mahal Mengundang Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?