• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Besar Giler! 2 Buaya Sepanjang 13 dan 17 Kaki Ditangkap Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
6 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Besar Giler! 2 Buaya Sepanjang 13 dan 17 Kaki Ditangkap Di Sarawak

Buaya tersebut ditangkap di Batang Igan.

Besar Giler! 2 Buaya Sepanjang 13 dan 17 Kaki Ditangkap Di Sarawak. Semalam tular beberapa buah video di media sosial memaparkan 2 ekor buaya dialihkan menggunakan jengkaut ke darat selepas ditangkap oleh pemburu buaya yang mempunyai lesen yang sah.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh ADUN Jemoreng yang juga merangkap Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak , Datuk Dr Juanda Jaya di laman Facebook beliau, kedua-dua buaya itu dipercayai ditangkap di muara Sungai Igan, Sarawak.

Menuruk Datuk Dr Juanda Jaya juga, buaya tersebut ditangkap kerana keselamatan penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

Sementara itu, Sarawak Forestry Corporation dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, menasihati orang ramai agar terus melaporkan kepada pihak mereka, sekiranya berlaku penemuan atau ancaman buaya.

“Kami di SFC ingin menasihati orang ramai agar terus melaporkan kepada pihak kami, sekiranya berlaku penemuan atau ancaman buaya di kawasan anda. SFC akan turun padang dan membantu anda menangani perkara tersebut. SFC turut mempunyai program 3M Buaya, di mana pihak kami akan berkongsi ilmu pengetahuan serta cara-cara mendepani permasalahan berkaitan reptilia ini,”
– Jurucakap SFC

Pihak SFC turut menyeru orang ramai agar tidak bertindak dengan terburu-buru sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama di masa hadapan. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan agar kita dapat menangani isu-isu berkaitan hidupan terlindung atau hidupan liar secara berhemah dan beretika.

Untuk orang awam yang ingin melaporkan kes-kes berkaitan hidupan liar, boleh lah menghubungi SFC melalui nombor hotline di bawah;
SFC Kuching – 019-8859996
SFC Sibu – 019-8883561
SFC Bintulu – 019-8332737
SFC Miri – 019-8290994

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patung Untuk Diarak Semasa Perayaan, Ketahui Apakah Ogoh-Ogoh Dan Makna Disebaliknya Patung Untuk Diarak Semasa Perayaan, Ketahui Apakah Ogoh-Ogoh Dan Makna Disebaliknya
Next Article TGV Mohon Maaf Atas Insiden Di Vivacity Kuching, Pulang Wang Tiket Dan Beri 2 Tiket Percuma Pada Penonton TGV Mohon Maaf Atas Insiden Di Vivacity Kuching, Pulang Wang Tiket Dan Beri 2 Tiket Percuma Pada Penonton

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?