• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Bil Elektrik Individu Di Kuching Ini Cecah RM 4K Setelah Tukar Ke Meter Digital

Oleh
Nazihah AN
2 Oktober 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Tular Bil Elektrik Individu Di Kuching Ini Cecah RM 4K Setelah Tukar Ke Meter Digital

Bil tersebut dikhabarkan adalah untuk penggunaan selama 44 hari

Tular Bil Elektrik Individu Di Kuching Ini Cecah RM 4K Setelah Tukar Ke Meter Digital. Seorang pemilik perniagaan kecil di Kuching terus mendapat perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya berhubung bil elektrik yang tidak masuk akal di media sosial.

Masalah ini timbul setelah meter lama beliau ditukar kepada meter digital baharu oleh Sarawak Energy Berhad (SEB), menyebabkan bil elektrik melonjak secara mendadak.

Tular Bil Elektrik Individu Di Kuching Ini Cecah RM 4K Setelah Tukar Ke Meter Digital

Pengguna Sarawak Dedah Isu Bil Elektrik

Dalam perkembangan terbaru pada 30 September 2024, pemilik kedai haiwan peliharaan tersebut berkongsi bahawa beliau tiba di pejabat penyedia bekalan elektrik di Saradise pada jam 8:20 pagi sebelum pejabat dibuka. Ketika menunggu, beliau menerima panggilan pertama daripada seorang pegawai yang memberitahunya bahawa kes tersebut sedang disiasat.

Pegawai itu menjelaskan bahawa meter lama berfungsi berdasarkan anggaran, dan menasihatkan supaya beliau membayar jumlah penuh bil. Jika terdapat sebarang lebihan bayaran, ia akan dikembalikan, namun proses itu akan mengambil masa yang lama.

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu menerima panggilan kedua daripada pegawai yang sama, meminta agar beliau menurunkan hantaran media sosial yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pemilik perniagaan tersebut menjelaskan bahawa niat hantaran itu bukan untuk menyerang syarikat berkenaan, tetapi sekadar mencari pencerahan serta berkongsi pengalaman agar orang lain yang mengalami situasi serupa turut mendapat jalan penyelesaian.

Tular Bil Elektrik Individu Di Kuching Ini Cecah RM 4K Setelah Tukar Ke Meter Digital
Tular Bil Elektrik Individu Di Kuching Ini Cecah RM 4K Setelah Tukar Ke Meter Digital

Pemilik perniagaan itu menegaskan bahawa sebagai seorang pengguna yang telah membayar bil secara konsisten selama 9 tahun, beliau berasa tidak adil apabila tiba-tiba dikehendaki membayar sejumlah besar wang akibat kesilapan anggaran meter lama.

Tambahan pula, beliau berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk syarikat berkenaan menuntut bayaran tanpa memberikan penjelasan yang telus mengenai kaedah pengiraan yang dilakukan.

Dalam kes ini, pemilik kedai turut menghargai profesionalisme pegawai syarikat bekalan elektrik berkenaan yang berurusan dengannya. Dalam masa yang sama, beliau berharap agar syarikat berkenaan dapat memberikan penyelesaian yang lebih adil dan telus untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap penyedia tenaga tersebut.

Dalam kenyataan berasingan yang dimuat naik di media sosial syarikat berkenaan, mereka komited untuk memastikan bil pelanggan adalah adil dan tepat. Jelasnya lagi, bil anggaran dikeluarkan apabila pembaca meter tidak dapat mengakses meter, seperti pagar berkunci atau meter terletak di lokasi sukar. Bil ini kemudian diselaraskan selepas bacaan sebenar diambil, menyebabkan caj berlebihan atau berkurangan.

Pelanggan yang membuat bayaran berlebihan boleh memilih sama ada untuk menerima bayaran balik atau menggunakan lebihan untuk bil seterusnya. Bagi bil yang kurang dibayar, bil tambahan akan dikeluarkan berdasarkan bacaan sebenar dari meter lama.

Dengan pemasangan meter pintar, bacaan elektrik menjadi lebih tepat, yang membawa kepada peningkatan bil berbanding meter lama. Jika terdapat tunggakan, ia hanya dikenakan selepas bacaan tepat diambil.

Syarikat penyedia bekalan elektrik berkenaan juga menggalakkan pelanggan yang mendapati sebarang ketidakseragaman pada bil untuk menghubungi mereka bagi bantuan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Ini Panduan Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Pelajar Sabah B40 Dan M40

SUMBER :Facebook Benson KhoFacebook Sarawak Energy
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelawak Singapura, Fakkah Fuzz Bakal Gegarkan Kuching 12 Oktober Ini
Next Article Jalan McDougall Ditutup Sementara Esok Hari Bagi Persiapan Sambutan Hari Jadi TYT Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?