• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Bila Kau Kahwin Dengan Orang Sarawak’, POV Lelaki Semenanjung Ini Mencuit Hati Netizen

Oleh
ILB - AI
6 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Susah nak borak, tak reti ‘klaka’ Sarawak

‘Bila Kau Kahwin Dengan Orang Sarawak’, POV Lelaki Semenanjung Ini Mencuit Hati Netizen. Seperti yang diketahui umum, ramai yang tidak faham apabila mendengar orang Sarawak bercakap atau ‘klaka’ dalam bahasa Melayu Sarawak, terutama sekali orang semenanjung.

Seorang lelaki yang merupakan suami kepada seorang wanita Sarawak baru-baru ini menyiarkan video tentang sudut pandangan apabila berkahwin dengan orang Sarawak.

Video yang dikongsinya di laman TikTok itu menjadi tular. Menerusi perkongsian tersebut, dia berkata, apabila dia pulang ke kampung isterinya di Sarawak, keluarga isterinya akan bercakap Sarawak dan dia secara semula jadi akan menjadi pendiam dan senyap.

@arisyukrii

Ada yang khawin dengan orang borneo dapat nasib yang sama macam aku ke #familytime #CapCut #malaysiatiktok #ragamkeluarga #arimiezafamily #borneo #kuchingsarawak #biniorangsarawak #tiktoksarawak

♬ original sound – Zoey Rahman – Zoeyrahman

“Kalau pergi rumah adik-beradik isteri, memang saya tak boleh peganglah anak, jadi bila tak boleh pegang, saya duduk bercampur dengan orang-orang tua,” ujarnya di dalam video itu.

Tambahnya, dia juga menyatakan bahawa sebagai orang semenanjung, dia sukar untuk berkomunikasi dengan ibu mertuanya kerana ibu mertuanya hanya bercakap bahasa Sarawak.

“Mak mertua saya pulak, sembang mana saya nak faham, dia orang cakap bahasa Sarawak, saya ni semenanjung.

Jadi, dia buat-buat je faham untuk nampak cerdik sikit

“Jadi, saya buat-buat je lah saya faham, buat senyum-senyum sikit, diorang gelak pun saya gelak. Dalam 2 jam dah macam takda otak dah, saya terpaksalah cover buatlah macam saya ni cerdik sikit,” kenyataannya ini lagi membuat netizen berdekah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Sarawak ingin mengajarnya berbahasa Melayu Sarawak, malah ada juga yang menceritakan kisah yang sama kerana segelintir daripada mereka berkahwin dengan orang semenanjung, dan apabila pulang ke Sarawak, pasangan mereka sukar untuk bercakap. orang Sarawak.

POV Lelaki Semenanjung Ini Mencuit Hati Netizen
Sumber: TikTok
POV Lelaki Semenanjung Ini Mencuit Hati Netizen
Sumber: TikTok
POV Lelaki Semenanjung Ini Mencuit Hati Netizen
Sumber: TikTok

POV Lelaki Semenanjung Ini Mencuit Hati Netizen
Sumber: TikTok

Untuk pengetahuan, bahasa Melayu Sarawak ini adalah lebih kepada Bahasa Sarawak yang digunakan oleh orang Melayu Kuching untuk percakapan seharian. Jadi, terdapat sedikit perbezaan bahasa Melayu Sarawak di Bintulu, Miri, Limbang dan sewaktu dengan nya, seperti cara penyebutannya.

Baca juga kisah yang berkaitan:

‘Kak Ateng Alu Uleng’, Gelagat Cakra Khan Cakap Sarawak Bikin Netizen Geli Hati
Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Kuih-Muih Dan 'Sale' Baju Raya Murah, Anda Harus Ke Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei Ada Kuih-Muih Dan ‘Sale’ Baju Raya Murah, Anda Harus Ke Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei
Next Article China Tuntut Minyak, DUN Tupong Minta Kerajaan Pertahankan Hak Ke Atas Beting Patinggi Ali China Tuntut Minyak, DUN Tupong Minta Kerajaan Pertahankan Hak Ke Atas Beting Patinggi Ali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?