• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen

Oleh
Aina Musa
14 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa 'Klaka' Sarawak Raih Perhatian Netizen

‘Live’ di tiktok dalam bahasa Melayu Sarawak

Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen. Fatin Afeefa ialah pelakon wanita yang sangat dikenali di Malaysia. Beliau memiliki bakat lakonan yang luar biasa dan telah membintangi beberapa filem dan drama.

Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak usia muda dan dengan cepat menjadi salah satu nama besar dalam industri hiburan negara ini.

Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa 'Klaka' Sarawak Raih Perhatian Netizen
Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen. Kredit: Aiteam

Selain itu, Fatin Afeefa juga sangat aktif di media sosial dan sering berinteraksi dengan pengikutnya.

Netizen Sarawak kagum dengan Fatin Afeefa

Baru-baru ini, Fatin Afeefa mengejutkan netizen apabila beliau memperlihatkan kemampuan berbahasa Sarawak dalam satu sesi Tiktok live.

Video itu telah dikongsi oleh individu bernama Aiteam di Tiktok.

Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa 'Klaka' Sarawak Raih Perhatian Netizen

Beliau juga mengatakan bahawa beliau mempelajari bahasa Sarawak sejak kecil lagi.

Netizen sangat terhibur dengan video Fatin Afeefa dan memberikan pujian terhadap kemampuan berbahasa beliau.

Ini pula reaksi netizen

Berdasarkan video tersebut, rata-rata netizen Sarawak kagum dengan kepetahan beliau ‘berloya’ ataupun bercakap dalam loghat Sarawak.

Tambah netizen, walaupun beliau dilahirkan di Semenanjung namun celotehnya bertutur dalam loghat Sarawak itu mengagumkan netizen. Beliau dilihat begitu lancar dan tidak kekok bertutur dalam bahasa tersebut.

Menariknya, beliau siap berpesan kepada orang Sarawak untuk bertutur dengannya menggunakan loghat Sarawak. Beliau mengganggap itu merupakan satu kelebihan buat beliau kerana mampu memahami dan berkomunikasi dengan loghat Sarawak dengan fasih sekali.

Bukan itu sahaja, netizen juga dilihat tertarik dengan gaya percakapan beliau. Tambah netizen, orang Sarawak dikatakan pelat menyebut huruf ‘r’. Dalam video tersebut, Fatin Afeefa dikatakan bertutur dengan pelat ‘r’ yang dlihat comel dan bersahaja.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Berasal Dari Miri, Hakken Anak Sarawak Pertama Dipilih Jadi Duta Pelancongan Tokyo
30 Minit ‘Dipanggang’, Penumpang Pesawat MAS Kena Sidai Kepanasan Gara-Gara Aircond Rosak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hakken, Anak Sarawak Pertama Dipilih Menjadi Duta Pelancongan Tokyo Berasal Dari Miri, Hakken Anak Sarawak Pertama Dipilih Jadi Duta Pelancongan Tokyo
Next Article Geram Tunggu Giliran Sampai 9 Jam, Individu Luah Kekecewaan Dengan Servis Hospital Di Miri Geram Tunggu Giliran Sampai 9 Jam, Individu Luah Kekecewaan Dengan Servis Hospital Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?