Aksi atlet muda dari Sarawak ini jadi bualan hangat di media sosial
Terjun Macam ‘Jarum Jatuh’, Bintang Terjun Muda Dari Sarawak Ini Curi Perhatian Ramai. Sukan Malaysia (SUKMA) kini sedang rancak berlangsung di Sarawak, dengan pelbagai acara sukan dipertandingkan.
Salah satu acara yang mendapat perhatian ramai sejak semalam adalah acara terjunan, di mana seorang penerjun muda dari Sarawak telah mencuri tumpuan dengan aksinya yang menakjubkan.

Netizen berpendapat atlet ini boleh bersaing dengan penerjun-penerjun handal dari China.
Atlet berusia 18 tahun, Elvis Priestley anak Clement, menjadi bualan hangat di media sosial selepas mempamerkan terjunan luar biasa dalam acara 3 meter papan anjal lelaki. Video yang tular menunjukkan Elvis melakukan terjunan dengan teknik yang sangat cemerlang, menghasilkan percikan air yang sangat minimum – seolah-olah jarum jatuh ke dalam air!
Persembahan mengagumkan Elvis ini tidak hanya menarik perhatian ramai, malah turut membawa kejayaan buat kontinjen Sarawak apabila beliau berjaya merangkul pingat emas dengan mengumpul mata tertinggi, 415.15 mata, selepas menyempurnakan enam terjunan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.
Memetik laporan Bernama, aksi cemerlang Elvis ini mendapat pujian melambung daripada netizen yang rata-rata terpukau dengan ketepatan dan keanggunan terjunan beliau.
/center>@lunaidohkayan Tahniah Sarawak diver🥇👏🏻👏🏻… sumber: YT Stadium SUKMA Sarawak 2024 #sukma2024 #3mpapananjal ♬ original sound – Lunai Doh Kayan
Ramai yang menyatakan harapan agar beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di Olimpik Los Angeles (LA) 2028, kerana dilihat mampu memberi saingan sengit kepada penerjun-penerjun handal dari China.
Selain daripada teknik terjunannya yang mengagumkan, nama unik Elvis Priestly turut menarik perhatian netizen, memandangkan ia menyerupai nama penyanyi legenda Amerika Syarikat, Elvis Presley. Nama yang ikonik ini kini bukan sahaja dikenali di dunia hiburan, tetapi juga dalam arena sukan Malaysia.

