• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021

Oleh
Ismail NA
1 Jun 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Memang tak berkelip mata tengok ratu unduk ngadau yang baru ni!

Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021. Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Sabah untuk edisi 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Acara yang diadakan secara tertutup dan hanya dapat disaksikan secara strim dalam talian tersebut telah mendapat perhatian yang meluas daripada seluruh Malaysia kerana peserta untuk edisi kali ini semuanya cantik-cantik belaka!

Isi Isi Penting
  • Memang tak berkelip mata tengok ratu unduk ngadau yang baru ni!
  • Sesi soal jawab yang mantap dan padu bawa tuah buat Maya
  • Berikut merupakan biodata Maya Hejnowska, juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021;
  • 4 fakta menarik mengenai Maya Hejnowska sebelum dimahkotakan gelaran Unduk Ngadau 2021
  • Jangan lupa untuk baca juga artikel berkaitan :

Daripada 78 peserta dari seluruh Sabah yang menyertai pertandingan Unduk Ngadau tahun ini, Maya Hejnowska merupakan gadis yang telah berjaya hati juri sehingga beliau dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2021.

Sesi soal jawab yang mantap dan padu bawa tuah buat Maya

Bukan sahaja memiliki raut wajah yang cantik, bahkan Maya juga telah berjaya mengharungi 2 sesi soal jawab dalam bahasa Kadazan dengan begitu cemerlang. Menerusi ucapan kemenangan Maya, beliau memberitahu bahawa budaya adalah tentang bagaimana kita menjalani kehidupan seharian sambil terus mengamalkan budaya akar umbi, baik ianya bahasa percakapan, makanan, dan apa-apa sahaja yang berkaitan. Budaya bukan sekadar tentang darah (keturunan) dan etnik semata-mata. Fuh, memang mantap bah!

Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Kredit : Aizat Photography

Menerusi kemenangan tersebut, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830, yang merangkumi RM 25,000 hadiah wang tunai daripada pelbagai penaja, serta tajaan biasiswa pendidikan sebanyak RM 35,000 daripada North Borneo University College.

Berikut merupakan biodata Maya Hejnowska, juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021;

Nama penuh : Maya Hejnowska
Keturunan : Kadazan-Poland
Usia : 21 tahun
Asal : Api-Api, Kota Kinabalu Sabah
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Profesion : Pelajar/Model

Akaun media sosial
Instagram : @mayahejnowska
TikTok : @maya_ska
Facebook : Maya Hejnowska

Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Kredit : IG Adrian Thomas Studio
Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Kredit : Sabah Portal
Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Sumber : Twitter
Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Kredit : IG Maya Hejnowska

4 fakta menarik mengenai Maya Hejnowska sebelum dimahkotakan gelaran Unduk Ngadau 2021

1. Pandai menyanyi

Kalau Maya tidak minat menyanyi, masakan beliau memilih muzik sebagai jurusannya di peringkat universiti, kan? Ratu Unduk Ngadau ini sememangnya mempunyai suara yang merdu dan pandai menyanyi. Beliau aktif membuat video duet di laman sosial media TikTok dan sering menyanyikan lagu dalam bahasa Kadazan. Siuk ow dengar dia nyanyi!

@maya_ska

##duetwithme ! ❤️ kosorou kopo nangku doho by Jestie Alexius.

♬ original sound – maya hej

2. Pertama kali menyertai ratu cantik Unduk Ngadau dan..menang!

Untuk pengetahuan anda, Unduk Ngadau Kaamatan 2021 merupakan pertandingan ratu cantik yang pertama disertai olehnya. Walaupun mengakui sedikit gementar dan tidak meletakkan apa-apa harapan, namun beliau berasa bersyukur kerana dikelilingi oleh ahli keluarga, rakan-rakan, pensyarah serta individu yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tips untuknya berjaya mengharungi Unduk Ngadau sehingga dinobatkan menjadi juara.

Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Kredit : FB Maya Hejnowska

3. Ibunya sebagai sumber kekuatan dan inspirasi

Siapa lagi yang menjadi sumber inspirasi kalau bukan si ibu, bukan? Maya menyifatkan ibunya sebagai seorang yang sangat kuat dan cekal kerana mampu membesarkannya dan adik-beradiknya yang lain tanpa keluh kesah. Malah, Maya berasa sebak melihat ibunya semasa berada di atas pentas dan berharap agar ibunya berasa bangga dengan pencapaiannya. Menurut sebuah sumber, ibunya merupakan seorang wartawan terkemuka yang bekerja di sebuah syarikat akhbar tempatan.

4. Berada pada waktu kemuncak tugasan dan peperiksaan semasa diumumkan sebagai Top 21 Unduk Ngadau Kaamatan 2021

Memandangkan beliau masih lagi bergelar seorang mahasiswi, tugasan dan peperiksan pastinya sesuatu yang sangat penting dan tidak asing baginya. Namun, itu semua menjadi satu cabaran besar apabila beliau terpaksa bijak menyusun masa untuk menyiapkan tugasan tatkala beliau sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi pertandingan Unduk Ngadau 2021. Beliau mengakui bergelut dengan masa dan perlu menjaga emosi agar tidak terganggu. Bukan senang, tetapi beliau mengakui telah berjaya fasa-fasa sukar tersebut . Penat lelah terbalas jua kan?

Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Kredit : IG Maya Hejnowska

Tahniah diucapkan kepada Maya Hejnowska atas kemenangan ini. Semoga ia menjadi inspirasi dan dorongan kepada beliau agar terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya selepas ini. Memetik kata-kata Maya,

“Walaupun banyak orang kata nama saya ini seperti nama orang Russia, tapi saya tetap anak Kadazan apabila berada di rumah,”

Maya Hejnowska

Jangan lupa untuk baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
Next Article Dikatakan Berunsur Spiritual, Lelaki Ini Berjaya Lelong Arca Ghaib Pada Harga 15,000 Euro

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?