I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe

Oleh Nur Afifah 1 Jun 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Ngepan Indu Iban pernah dijadikan kostum nasional oleh peserta Malaysia suatu ketika dahulu.

Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe. Ngepan Indu Iban merupakan pakaian tradisi untuk kaum wanita masyarakat Iban di Sarawak dan juga sebahagian Dayak di kawasan Kalimantan, Indonesia. Jika hendak disebutkan satu per satu perincian lengkap pakaian ini, memang panjang dan mendalam. Tetapi secara asasnya, aksesori yang wajib ada sebagaimana pakaian tradisi kaum adalah seperti hiasan kepala (headgear), baju, tali pinggang besi, rantai dan kain.

Satu hal yang menarik tentang Ngepan Indu Iban ini adalah ia pernah digayakan di pentas antarabangsa suatu ketika dahulu! Pakaian tradisi Iban ini pernah diangkat menjadi kostum nasional mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik terkemuka di dunia iaitu Miss Universe. Ngepan dipersembahkan kepada khalayak dunia pada pertandingan Miss Universe tahun 1994.

Pakai Ngepan Iban masa sesi soal jawab, dapat markah 8.69!

Kostum Ngepan Iban ini diperagakan oleh Miss Universe Malaysia pada ketika itu iaitu Liza Koh. Semasa sesi soal jawab, Liza mendapat skor sebanyak 8.69 sambil memperagakan Ngepan Indu Iban. Pada waktu ini, kelihatan Ngepan yang digunakan oleh Liza adalah Ngepan asli dan tidak mempunyai unsur tambahan atau fusion. Sayangnya, Ngepan yang digayakan oleh Liza ini tidak begitu lengkap kerana beliau tidak memakai sanggul kepala yang dipanggil sugu tinggi.

Biasanya kan mesti ada unsur fusion sikit, barulah unik. Tapi salut untuk Liza kerana menggayakan Ngepan Iban yang memang betul-betul asli ini!

Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
Sumber : Youtube Beauty Contest

Corak Marik Empang di mata dunia

Jika diperhatikan dengan betul, Ngepan Indu Iban yang digunakan oleh Liza semasa pertandingan Miss Universe 1994 memiliki hiasan bercorak yang dipanggil sebagai Marik Empang. Corak ini adalah corak yang sangat sinonim dengan Ngepan Indu Iban dan digunakan dalam majoriti pembuatan tango ngepan. Dalam bahasa Iban, marik membawa maksud manik manakala empang merupakan bulatan. Ini merujuk kepada bentuk hiasan tango yang membulat atau disebut bulatan manik.

Walaupun Liza tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok 21 peserta teratas, namun Liza telah berjaya membawa pakaian tradisi Malaysia untuk dipertontonkan di pentas dunia. Syabas Liza!

Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
Sumber : Youtube Beauty Contest

19 komponen Ngepan Iban

Seperti yang diperkatakan pada awal artikel ini, Ngepan Indu Iban mempunyai pelbagai jenis aksesori bagi melengkapkan pemakaiannya. Terdapat 19 komponen halus dan berseni yang menghasilkan sebuah Ngepan Indu Iban yang lengkap. Contohnya seperti gambar daripada Dr. Mary Chalang ini ;

Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
Kredit : Dr. Mary Chalang

Menurut masyarakat Iban juga, semakin lama usia set Ngepan Indu Iban, maka semakin mahal lah harganya. Mana tidaknya, kebanyakannya set Ngepan Indu Iban yang dimiliki oleh keluarga Iban pada masa kini adalah set Ngepan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Malah, ada yang memiliki kain pua kumbu yang coraknya hanya boleh ditenun oleh seorang tukang tenun yang spesifik.

Menarik, bukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Ngepan Indu Iban dan pembuat kain pua kumbu, baca juga artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Lagi Guna Zon, PKP Sarawak Kuatkuasakan Sempadan Perjalanan Mengikut Daerah
Next Article Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?