• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Birthday Paling Meriah, Satu Mall ‘Sporting’ Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad

Oleh
Aina Musa
13 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Birthday Paling Meriah, Satu Mall 'Sporting' Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad

Selamat ulang tahun hari keputeraan buat Tengku Ahmad

Birthday Paling Meriah, Satu Mall ‘Sporting’ Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad. Setelah menempuh lebih 15 jam perjalanan dari bandar Sibu ke Kuching, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rombongan berangkat tiba di Pullman Hotel, Kuching kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam.

Walaupun lama menanti ketibaan rombongan baginda, namun warga Kuching masih bersemangat menanti keberangkatan rombongan baginda sehinggakan setiap pelosok di bandar Kuching dipenuhi oleh warga kota semalam.

Birthday Paling Meriah, Satu Mall 'Sporting' Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad

Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan putera kepada YDP Agong dan Permaisuri Agong.

Ibarat ‘diserang histeria’, warga Kuching teruja sebaik sosok tampan Tengku Ahmad berangkat tiba di Pullman Hotel.

Untuk info, Tengku Ahmad diputerakan pada 11 September 2000 dimana hari keputeraan Tengku Ahmad baru-baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas.

Birthday Paling Meriah, Satu Mall 'Sporting' Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad

Menariknya, warga Kuching tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menyanyikan lagu ‘happy birthday’ sempena hari keputeraan baginda ke 23 tahun itu.

Momen berharga itu telah dikongsikan oleh seorang individu di Tiktok dengan kapsyennya ‘Tengku Ahmad birthday wishes paling win’.

Birthday Paling Meriah, Satu Mall 'Sporting' Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad

Mana tidaknya, satu mall ‘sporting’ dan teruja menyanyikan lagu hari jadi buat Tengku Ahmad.

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Birthday Paling Meriah, Satu Mall 'Sporting' Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad
Kredit: Plaza Merdeka

Antaranya, rata-rata terharu dengan semangat warga Sarawak walaupun seharian penat menanti keberangkatan rombongan baginda.

Ada juga yang berjenaka, aura artis K-pop pun boleh kalah dengan ‘gelombang’ dari Tengku Ahmad.

Terbaiklah warga Kuching!

Baca lagi artikel menarik:

Demi Anak, Ibu Sanggup Angkut Sape 7kg Semata-Mata Mahu Dapatkan Tandatangan Agong
‘Tapau Habis’, Makcik Buat Ramai Cemburu Dapat Bergambar Dengan 3 Tengku
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Anak, Ibu Sanggup Angkut Sape 7kg Semata-Mata Mahu Dapatkan Tandatangan Agong
Next Article Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?