• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu

Oleh
Aina Musa
13 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu

Netizen sayu lihat bayi setahun cari ibu

Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu. Seorang kanak-kanak berusia setahun yang terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah lori dirakam merangkak keluar dalam keadaan selamat dari bahagian hadapan salah sebuah kenderaan itu yang remuk.

Berdasarkan rakaman video tular, kanak-kanak bernama Fatih Akbar itu dilihat merangkak keluar dari serpihan kemalangan sebelum berjalan ke arah ibunya, Sri Devi dalam kejadian yang berlaku di wilayah Lampung, Indonesia.

Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu
Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu. Kredit: Kosmo

Detik melaporkan, Sri Devi ketika itu sedang berusaha untuk keluar dari pintu tempat duduk kelindan yang turut remuk.

Anaknya yang baru belajar berjalan itu kemudian menuju ke arahnya dengan memanjat beberapa serpihan nahas.

Dua buah lori dilihat terbalik dengan salah satu daripadanya berada dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu

Menurut Sri Devi, dia tidak menyedari bagaimana kemalangan itu berlaku kerana dia dan anaknya itu sedang tidur ketika kejadian.

“Saya juga tidak tahu Fatih tercampak ke luar kenderaan. Saya lihat dia sudah berada di luar (lori),” katanya.

Menurut Sri Devi, Fatih kini berada dalam keadaan baik meskipun mengalami beberapa kecederaan ringan.

Baca lagi artikel menarik:

Orang Utan Dirantai Bertahun, Trauma Jadi Hamba Lelaki Gila Seks
Kantoi Terlibat Aktiviti ‘Spy’ Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Birthday Paling Meriah, Satu Mall 'Sporting' Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad Birthday Paling Meriah, Satu Mall ‘Sporting’ Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Tengku Ahmad
Next Article Rakyat Sebak Dan Sayu Lihat Agong Anak-Beranak Keletihan Pusing Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?