• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Black Pearl Pool, Air Terjun Sungai Berwarna Merah Di Bako

Oleh
Ismail NA
7 Mac 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Perjalanan yang akhirnya akan menjanjikan rasa sejuk dan menyegarkan

Black Pearl Pool, Air Terjun Sungai Berwarna Merah Di Bako. Dah pernah sampai ke Black Pearl Pool? Tak pernah lagi? Rugilah! Jom kita kongsi sikit salah satu kawasan trekking hutan yang dianggap masih belum diketahui umum di Sarawak.

Menerusi perkongsian seorang peneroka destinasi semula jadi tegar di Sarawak, Ismail Bin Roslan, air terjun tersembunyi ini terletak jauh di kawasan hutan Gunung Kelambu Lang di Bako, Kuching.

Black Pearl Pool, Air Terjun Sungai Berwarna Merah Di Bako
Black Pearl Pool, Air Terjun Sungai Berwarna Merah Di Bako. Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Black Pearl Pool atau lebih dikenali dengan nama Lang Waterfall

Air Terjun Lang (Lang Waterfall) ini turut digelar sebagai Black Pearl Pool kerana aliran airnya yang serba hitam kemerahan dan jernih. Warna hitam dalam kolam air terjun ini mencerminkan kedalaman kolam ini sehingga ia digelar permata hitam atau ‘black pool’. Kadang kala, air di aliran air terjun ini juga seakan-akan berwarna kemerahan terutama sekali apabila terkena pancaran matahari!

Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Untuk ke sini, anda perlu ditemani oleh jurupandu yang merupakan orang Kampung Sungai Bako sendiri. Jurupandu ini boleh ditempah dengan yuran sebanyak RM 35 sahaja termasuk upah jurupandu, bayaran masuk dan tempat letak kereta.

Anda juga dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai seperti kasut getah atau ‘adidas’ kampung. Elakkan memakai kasut sukan yang cantik dan stylish kerana percayalah, anda pasti akan menyesal dan menangis melihat keadaan kasut anda yang diselaputi tanah setelah keluar dari hutan Kelambu Lang.

Trail mendatar dengan jarak perjalanan 2 hingga 3 jam

Perjalanan ke Lang Waterfall ini adalah sejauh lebih kurang 6 km dan mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam, bergantung kepada kelajuan anda. Trailnya agak mendatar, sekali sekala terdapat bentuk muka bumi yang turun naik. Jadi ianya sesuai untuk pendaki pemula dan sederhana.

Tapi jangan underestimate pula. Sejujurnya, anda perlu mempersiapkan stamina dan mental yang secukupnya untuk ke sini kerana perjalanan yang agak jauh dengan keadaan jalan yang sedikit licin, terutamanya selepas waktu hujan.

Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Lebih kurang 200 meter selepas anda berjalan dari tempat letak kereta, anda akan menemui sebuah gerbang batu besar dengan papan tanda Kelambu Lang. Sebelum anda menemui jalan mendatar untuk anda jungle trekking ke kawasan air terjun ini, anda terlebih dahulu akan melalui sebuah kawasan berbatu dan sempit yang dinamakan sebagai Trail Mukadimah oleh jurupandu.

Trail ini adalah trail khas untuk ke Bukit Tinjau di mana anda akan dapat melihat pemandangan kampung-kampung di sekitar Bako. Cool gila!

Waktu yang sesuai untuk anda mendaki atau jungle trekking ke Lang Waterfall ini adalah sewaktu awal pagi sekitar jam 6 pagi kerana pemandangan Bukit Tinjau pada waktu ini masih diselaputi kabus yang menyejukkan mata dan minda.

Aliran sungai berwarna merah berasal daripada pohon pelawan

Aliran air sungai yang berwarna merah ini dikatakan berasal daripada pohon pelawan atau nama saintifiknya, Tristaniopis merguensis Griff. yang pada zahirnya mempunyai kulit kayu berwarna merah. Kayu-kayu ini tumbuh berdekatan dengan sungai di kawasan Kelambu Lang, dan kadang kala tumbang ke dalam sungai, menjadikan airnya bertukar menjadi kemerah-merahan.

Destinasi Tersembunyi Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool' Kerana Air Sungainya Yang Berwarna Merah
Kredit : FB Ismail Bin Roslan

Seeloknya, bawalah jaket keselamatan jika anda kurang mahir berenang kerana kolam Black Pearl Pool ini bukan untuk pemula. Menurut jurupandu, Black Pearl Pool ini dianggarkan mempunyai kedalaman sejauh 6 kaki.

Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti trekking terutamanya di dalam hutan, trekking ke Black Pearl Pool ini pasti memberikan anda kepuasan, apatah lagi terdapat air terjun yang cantik dan jernih menanti anda di penghujung destinasi.

Anda boleh menghubungi khidmat jurupandu ke Lang Waterfall dengan melayari Facebook mereka, Gunung Kelambu Lang Sg Bako.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi syurga ‘hiking’ dan air terjun yang boleh anda terokai di Sarawak:

Digelar Apot Waterfall, Air Terjun Ini Merupakan Kejadian Alam Yang Sangat Indah
Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Netizen Dakwa Kualiti Kek Butter Terkenal Semakin Merosot Tular Netizen Dakwa Kualiti Kek Butter Terkenal Semakin Merosot
Next Article Youtuber Dari Singapura Makan Nasi Beriani 7kg Di Kuching Sampai Licin Buat Netizen Melopong Youtuber Dari Singapura Makan Nasi Beriani 7kg Di Kuching Sampai Licin Buat Netizen Melopong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?