I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah

Oleh Kedung BK 30 Januari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah

Adakah anda nampak tompok-tompok hitam berdebu yang berkumpul di siling dan dinding rumah anda?

Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Jika anda perasan terdapat tompok-tompok hitam berdebu di siling dan dinding anda, berhati-hati! Anda kini mempunyai masalah kulat di rumah anda.

Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil tetapi anda harus tahu bahawa kulat boleh membahayakan kesihatan anda. Berikut ialah cara mengenal pasti pertumbuhan kulat di rumah anda dan cara membuang serta mencegahnya daripada berlaku.

Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah

Apa yang menyebabkan pertumbuhan kulat di dalam rumah?

Kebiasaannya, kulat di dinding dan siling berlaku akibat persekitaran yang lembab, akibat sistem pengudaraan yang tidak lancar atau kebocoran bangunan.

Punca kulat adalah daripada spora halus, yang boleh didapati di mana-mana tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Spora boleh memasuki rumah melalui udara atau dengan melekatkan diri pada objek atau orang (seperti haiwan peliharaan, pakaian, kasut dan lain-lain)

Spora halus boleh memasuki udara melalui dua cara iaitu melalui udara atau melekatkan diri pada objek/orang. Kredit: Nationwide’s Children Hospital

Kulat hanya akan tumbuh jika spora mendarat di tempat yang mempunyai keadaan yang sesuai untuk berkembang, seperti kelembapan dan bekalan nutrien yang sesuai. Contoh yang sesuai ialah produk kertas (termasuk wallpaper), kadbod, jubin siling, produk kayu, bahan penebat, upholsteri dan fabrik lain.

Jika persekitaran tidak sesuai untuk spora, ia biasanya tidak berkembang menjadi kulat atau menyebabkan masalah.

Kesan kulat di karpet. Kredit: J&R Carpet Cleaning

Tanda-tanda kehadiran kulat dalam rumah

Selain tanda fizikal, anda akan menyedari bahawa rumah anda ada bau yang kepam, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Sekiranya rumah anda mengalami nasib malang sebelum ini melibatkan kerosakan air seperti banjir atau paip pecah, kemungkinan besar masalah ini boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Contoh kesan kulat akibat pembocoran air.

Kesan kulat kepada kesihatan

Apabila kulat tumbuh, spora, sel, serpihan dan sebatian organik toksik yang tidak stabil boleh memasuki udara. Mereka boleh menghasilkan alergen dan perengsa, yang boleh menjadi toksik terutamanya kepada individu yang sensitif terhadapnya.

Oleh kerana kelembapan menggalakkan bahan terurai, ini boleh menyebabkan peningkatan dalam isipadu zarah (habuk) di udara. Zarah-zarah ini boleh merengsakan paru-paru, hidung dan tekak, terutamanya pada seseorang yang sudah mengalami masalah pernafasan, asma atau keadaan paru-paru yang kronik.

Gambar sekadar hiasan.

Gejala alahan daripada kulat termasuk hidung tersumbat atau berair, hidung dan/atau tekak gatal, bersin dan mata berair. Orang yang mempunyai alahan kulat dan juga asma mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diserang asma apabila terdapat kulat dalam persekitaran.

Pendedahan yang berpanjangan kepada kulat juga akan menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan memburukkan lagi masalah kronik seperti asma.

Gambar sekadar hiasan.

Bagaimana mencegahkan kulat?

Sekiranya anda menemui kesan kulat di rumah anda, anda harus segera ambil tindakan untuk menghapuskan kesan kulat berkenaan. Anda boleh menggunakan sabun dan air untuk membersihkan tempat terjejas terbabit. Jika ia masih tumbuh, anda boleh gunakan peluntur atau anda boleh menghubungi pakar untuk membuangnya.

Yang penting, anda harus mencari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat terbabit dan perbaiki punca tersebut. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan anda menyedari bahawa ia sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan itu.

Kredit: This Old House

Untuk mencegahkan pertumbuhan kulat di rumah, pastikan pengudaraan yang sesuai tersedia di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik mandi dan dapur.

Anda perlu juga memastikan sistem saliran air di rumah lancar dan tidak melimpah untuk mengelak kebocoran air berlaku yang boleh mendatangkan pertumbuhan kulat di kawasan lembab.

Pastikan anda sentiasa jaga kebersihan tempat yang mudah mendatangkan pertumbuhan kulat.

Lagi di sini:

Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
SUMBER : MEDICAL NEWS TODAY, PUBLIC HEALTH MALAYSIA, CENTERS FOR DISEASE CONTROL AND PREVENTION (CDC)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Next Article Telan Kos 30 Juta, MP Kuching 'Bantah' Idea Kerajaan Sarawak Mahu Bina Tiang Bendera Tertinggi Telan Kos 30 Juta, MP Kuching ‘Bantah’ Idea Kerajaan Sarawak Mahu Bina Tiang Bendera Tertinggi

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?