• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
30 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen

“Buat malu je dengan pelancong” – netizen

Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen. Jarang kita lihat lapangan terbang sunyi, kan? Setiap hari pasti ada saja pengunjung datang dan pergi, tak kiralah yang pengunjung yang datang untuk menjemput atau hanya menghantar orang ke pesawat.

Tambah pula lapangan terbang merupakan first impression untuk para pelancong datang ke suatu tempat. Jadi kenalah bersih dan sedap mata memandang. Tidak perlu tambah apa-apa, cukup hanya menjaga kebersihan dan kualiti lapangan terbang juga menjaga fasiliti.

Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen. Sumber: Facebook

Dinding dan siling terlihat berkulat dan terkopek

Menerusi hantaran di laman Facebook memaparkan keadaan lapangan terbang di Miri ini telah menjadi buah mulut orang ramai di laman sosial. Kongsi individu tersebut, dirinya memuat naik gambar-gambar tersebut sambil menanyakan pendapat kepada netizen di dalam kapsyen:

Kawasan daftar masuk (check-in) Lapangan Terbang Miri, apa menurut kalian?”

kapsyen Facebook

Dalam gambar-gambar tersebut, menunjukkan dinding dan siling yang sudah terkopek dan berkulat teruk di dalam kawasan check-in di Lapangan Terbang Miri. Keadaan tersebut telah mengundang bimbang netizen di laman sosial.

Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Sumber: Facebook

Dinding yang berkulat boleh menjejaskan kesihatan pengunjung

Untuk pengetahuan anda, dinding yang berkulat boleh menjejaskan kesihatan anda. Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil tetapi anda harus tahu bahawa kulat boleh mengancam kesihatan anda.

Kebiasaannya, kulat di dinding dan siling berlaku akibat persekitaran yang lembab, akibat sistem pengudaraan yang tidak lancar atau kebocoran bangunan. Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 1.1K tanda suka dan sebanyak 124 kongsi di laman Facebook.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen Miri turut kecewa melihat keadaan lapangan terbang tersebut. Ada yang mengatakan bahawa kualiti di lapangan terbang Miri ini tidak sepadan dengan title ‘Bandaraya’ Miri.

Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Sumber: Facebook
Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Sumber: Facebook
Dinding Terkopek Dan Berkulat, Keadaan Lapangan Terbang Miri Jadi Perhatian Netizen
Sumber: Facebook

Harap pihak pengurusan lapangan terbang mengambil berat hal ini. Amat menyedihkan apabila keadaan lapangan terbang di Miri ini seperti tidak terurus dengan dinding yang berkulat kerana ia boleh memudaratkan pengunjung di sana.

Ketahui lagi tanda dan punca tumbuhan kulat di dinding, lihat pautan bawah:

Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah
Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Daging Wagyu, Nikmati Hidangan Premium Jepun Di Minoru Japanese Restaurant Kuching
Next Article Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah Boleh Bawa Kesan Buruk Kepada Kesihatan, Ketahui Tanda Dan Punca Tumbuhan Kulat Di Dinding Rumah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?