• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul

Oleh
Nazihah AN
13 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul

Sudah pasti ramai dalam kalangan mak ayah yang risau apabila melihat pergerakan anak-anak menjadi tidak tentu

Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul. Demam sawan, sering berlaku pada kanak-kanak dengan suhu badan tinggi, adalah salah satu keadaan yang kerap ditemui. Kebiasaannya, ia mempengaruhi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun.

Walaupun menakutkan untuk dilihat, sudah pasti ramai dalam kalangan mak ayah yang risau apabila melihat pergerakan anak-anak menjadi tidak tentu dan panik.

Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul
Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul

Tidak rawat demam dengan baik boleh membawa kepada demam sawan

Sebagai langkah berjaga-jaga dan pendedahan awal, ini merupakan beberapa informasi mengenai demam sawan yang anda kena tahu.

Gejala Utama Sawan Demam:

  • Kehilangan kesedaran atau tidak bertindak balas.
  • Kejang atau sentakan pada tangan dan kaki.
  • Mata mungkin terbeliak.
  • Biasanya berlaku selama 2-3 minit tetapi jika melebihi 5 minit, bawa ke klinik segera.
  • Risiko kecederaan atau tersedak semasa episod.
  • Suhu badan biasanya melebihi 38.5ºC.
  • Kebanyakan episod berlaku pada hari pertama demam.
Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul
Gambar sekadar hiasan

Langkah-langkah yang betul dan penjagaan yang efektif, anda boleh membantu anak anda merasa lebih selesa dan pulih dengan lebih cepat.

  1. Penggunaan Kain Basah: Apabila anak anda demam, gunakan kain basah untuk menyapu atau melap dahi, bawah ketiak, dan celah paha. Gunakan air paip yang biasa dan pastikan ia tidak terlalu sejuk.
  2. Penyaman Udara dan Kipas: Udara yang sejuk boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda. Namun, pastikan anda tidak membiarkan anak anda terdedah kepada udara sejuk untuk jangka masa yang lama. Jika anak anda menggigil, tutup dengan selimut atau baju tebal untuk seketika. Apabila gegaran berhenti, anda boleh kembali mendedahkan mereka kepada udara yang sejuk.
  3. Ubat Demam: Anda boleh memberikan ubat demam kepada anak anda, tetapi pastikan dos yang diberikan adalah mengikut berat badan mereka. Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor berkenaan dos yang sesuai.
  4. Pergi ke Doktor: Jika demam anak anda berlarutan atau ada simptom-simptom lain yang membimbangkan, bawa mereka jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Boleh Menyebabkan Demam Sawan, Mak Ayah Kena Alert Rawat Demam Si Cilik Dengan Betul

Kesan Sawan Demam:

  • Umumnya, sawan demam tidak menyebabkan kerosakan jangka panjang.
  • Tiada bukti bahawa ia menyebabkan kerosakan otak.
  • Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam berfungsi dengan baik di sekolah.
  • Sekiranya berlarutan lebih dari satu jam, kebanyakan kanak-kanak akan pulih sepenuhnya.
  • Risiko mendapat epilepsi adalah rendah tetapi meningkat dengan kehadiran beberapa faktor risiko.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Berang Ditegur Gara-Gara Berniaga Di Pagar Sekolah Di Kuching, Tindakan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen
Kuching Menjadi Destinasi Pelancongan Ketiga Yang Mampu Milik Di Rantau Asia Pada Tahun 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Ditegur Gara-Gara Berniaga Depan Sekolah Di Kuching, Tindakan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen Berang Ditegur Gara-Gara Berniaga Di Pagar Sekolah Di Kuching, Tindakan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen
Next Article Suami Sanggup Tinggalkan Gaji Lima Angka Dan Bermastautin Di Sarawak Bersama Isteri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?