• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan

Oleh
Husna Hazmi
12 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Bom jenis Unexploded Ordinance (UXO) itu berjaya dimusnahkan TLDM

Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan. Dilaporkan, sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Pulau Sibuan, Semporna, semalam. Bom jenis Unexploded Ordinance (UXO) itu ditemui dan diuruskan oleh pasukan penyelam TLDM.

Operasi pemusnahan bom bermula jam 3.10 petang, diketuai Leftenan Komander Ghazali Soleman dengan bantuan 11 penyelam ranjau TLDM dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) di Lumut dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di Sandakan.

Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan
Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan. Sumber gambar: MalaysiaGazette

Bom Berat 500 kg tinggalan sejak 1945

Menurut kenyataan rasmi MAWILLA 2, bom itu berukuran tiga kaki panjang dan satu kaki lebar, dipercayai jenis Aerial Bomb yang dilepaskan pesawat udara pada tahun 1945. Dengan berat sekitar 500 kilogram, ia sememangnya peninggalan perang yang cukup berbahaya!

Bom tersebut dimusnahkan menggunakan teknik Blow in Place (BIP), iaitu pemusnahan terus di lokasi dengan langkah keselamatan tertinggi. Dalam masa yang sama, tiada kerosakan pada harta benda mahupun alam sekitar marin dilaporkan.

Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan
Sumber gambar: Utusan Borneo

Kerjasama Pelbagai Agensi

Operasi ini turut melibatkan sokongan daripada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), dan IPD Semporna. Gabungan mantap ini memastikan keselamatan sepenuhnya sepanjang operasi berlangsung.

Dengan kejayaan ini, TLDM sekali lagi membuktikan kepakaran mereka dalam memastikan perairan negara kita selamat daripada ancaman lama yang masih berbisa.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Projek Mega Di Sibu, Jalan Bertingkat Pertama Sarawak Bakal Dibina Tahun Ini
KPDN Tumpaskan Sindiket Penyelewengan Petrol Di Semporna, Rampas 3000 Liter Petrol

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Mega Di Sibu, Jalan Bertingkat Pertama Sarawak Bakal Dibina Tahun Ini
Next Article Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Pihak Berkuasa Tumpas Di Miri, 11 Individu Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?