• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pecah Rekod Dunia, Bonnie Bunyau Berjaya Rangkul Emas Kedua Paralimpik Untuk Malaysia

Oleh
Ismail NA
6 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bonnie Bunyau ternyata berada dalam kelasnya yang tersendiri

Pecah Rekod Dunia, Bonnie Bunyau Berjaya Rangkul Emas Kedua Paralimpik Untuk Malaysia. Atlet angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin baru sahaja memenangi pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting bawah 72 kg. Beliau meninggalkan pesaing terdekatnya, peserta angkat berat dari China, Hu Peng, dan atlet Itali, Donato Telesca dengan catatan 232 kg.

Lebih membanggakan, Bonnie yang merupakan pemegang rekod dunia untuk kategori tersebut turut melakar sejarah dengan memecahkan rekod Paralimpik apabila berjaya membuat angkatan seberat 232 kg, memadam rekod lama yang dicipta sendiri olehnya di Tokyo 2020 iaitu 227 kg sekaligus memadam rekod dunia miliknya.

Pecah Rekod Dunia, Bonnie Bunyau Berjaya Rangkul Emas Kedua Paralimpik Untuk Malaysia
Pecah Rekod Dunia, Bonnie Bunyau Berjaya Rangkul Emas Kedua Paralimpik Untuk Malaysia. Ihsan RTM

Merangkul pingat emas dengan catatan selesa

Dengan keupayaannya dan tekad membara yang ditunjukkan oleh anak muda dari Taee, Serian ini, beliau akhirnya berjaya menempatkan diri di posisi juara dengan catatan yang begitu selesa, jauh meninggalkan pesaing lain di belakang beliau berbanding tempat kedua, 214 kg dan tempat ketiga, 213 kg.

Pecah Rekod Dunia, Bonnie Bunyau Berjaya Rangkul Emas Kedua Paralimpik Untuk Malaysia
Ihsan RTM

Bonnie bermula dengan angkatan seberat 221 kg, jumlah paling tinggi daripada kesemua pesaingnya dan terus meninggalkan lawan dengan berat 226 kg, diikuti berat terakhir 232 kg sekaligus memecahkan rekod dunia miliknya 231 kg.

Pecah Rekod Dunia, Bonnie Bunyau Berjaya Rangkul Emas Kedua Paralimpik Untuk Malaysia

Bonnie mula mengejutkan atlet angkat berat paralimpik dunia pada tahun 2019 apabila beliau berjaya memperolehi 2 kejuaraan angkat berat (gelaran junior dan utama) mengalahkan juara paralimpik dunia, Paul Kehinde dan Liu Lei.

Bukan itu sahaja, pencapaian luar biasa Bonnie telah pun bermula sejak tahun 2017 apabila beliau berjaya memecahkan rekod dunia remaja pada usia 17 tahun.

Tahniah sekali lagi buat Bonnie Bunyau Gustin! Agi idup agi ngelaban!

Prestasi cemerlang Bonnie Bunyau juga konsisten sejak Paralimpik Tokyo 2020 sehingga Paralimpik Paris

Bonnie Bunyau Hadiahkan Emas Buat Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Di Dubai
Dinobat Antara Atlet Para Terbaik Dunia, Ketahui Biodata ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Sibu Didenda RM8000 Atas Serangan Seksual Terhadap Adik Ipar OKU
Next Article Lelaki 45 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Mencabul 4 Wanita Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?